Ahad, 10 Mei 2020

Sejarah melompat parti abad ke-20


Tahun 2009 adalah tahun yang cukup diingati oleh rakyat Malaysia dan rakyat Perak umumnya. Pada tahun ini juga, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tumbang selepas 11 bulan mentadbir. Ia berpunca dari 4 Adun yang yang melompat parti dan mandat rakyat ketika itu tumbang:-

- Dato' Nasaruddin Hashim (Adun Bota) yang mengumumkan sertai PKR dan akhirnya berpatah balik menyertai Umno.

- Jamaluddin Mohd Radzi (PKR- Adun Behrang)

- Mohd Osman Mohd Jailu (PKR- Adun Changkat Jering)

- Hee Yit Foong (DAP- Adun Jelapang).

Maka tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Pada tahun 2010, sekali lagi 5 orang wakil rakyat yang mewakili PKR telah isytihar keluar dan membuat satu blok Konsensus Bebas di Parlimen. Mereka ini merupakan Ahli Parlimen PKR iaitu :-

- Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

- Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

- Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu)

- Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

- Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

Pada tahun 2018 sehingga 2019, trend melompat parti pasca PRU-14 berlaku pula kepada sebuah parti yang memerintah selama 60 tahun. Ia berlaku di peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia turut berlaku kepada parti-parti di Sarawak dan Sabah. Kebanyakkan mereka menyertai parti Bersatu, Warisan dan PKR dalam membentuk kerajaan negeri.

Pada tahun 2020 sekali lagi "lompatan besar besaran berlaku". Kali ini ia melibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan sehinggalah beberapa buah negeri seperti Johor, Melaka, Perak dan besar kemungkinan Kedah yang akan beralih arah.

Jika dilihat trend melompat ini dari tahun 2009 hingga 2020, penglibatan parti yang sama iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action People (DAP). Bagi tahun 2020 juga terdapat seorang dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang terlibat dalam lompatan di peringkat negeri Perak.

Parti DAP, penglibatan lompatan hanya melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan tidak sampai ke peringkat parlimen. Seperti mana 2 kali berlaku di Perak (2009 dan 2020) serta Melaka (2020 - siapa YB?)

Bagi parti PKR, penglibatan lompatan melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia berlaku 2 kali di Perak (2009 dan 2020), Johor (2020), Melaka (2020) dan Kedah (2020). Manakala di peringkat parlimen bermula dari tahun 2010 dan terbaru pada tahun 2020 sehingga runtuh kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi parti yang baru kali menyertai Pilihanraya Umum pada PRU Ke-14 iaitu Amanah, lompatan yang dilakukan oleh Adun yang juga Ketua Pemuda Amanah Nasional sedikit sebanyak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak buat kali kedua pada tahun 2020 ini.

Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, Amanah dan DAP perlu bermuhasabah kembali. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan masih lagi dibawah Pakatan Harapan. 3 negeri ini perlu menjadi contoh pentadbiran Pakatan Harapan selama ini.

Dalam masa 3 tahun dari sekarang, parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu bersedia berhadapan Pilihanraya Umum Ke-15. Ia lebih diperkuatkan lagi dengan kerjasama parti Warisan dibawah pimpinan Dato' Seri Shafie Apdal.

Malah bergantung jua apa nasib Bersatu yang sebelum ini bersama dalam gabungan Pakatan Harapan sekiranya masih berharap.

Rehat sebentar hilangkan penat
Penat mencari kayu di hutan
Melayu serasi dengan khianat
Kerana gila dengan jawatan

Satu persatu dia mengayat
Mengayat pula di tepi longkang
Umno mula menjadi gayat
Tak tahan merasa jadi pembangkang

9 Mei 2020





Kenapa PH jadi sasaran usul undi tidak percaya?

Usul undi tidak percaya, kenapa dihalakan kepada Pakatan Harapan.

Isu usul undi tidak percaya kepada PM dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Semporna dan Langkawi.

Ahli parlimen Batu Sapi dari Warisan, ahli parlimen Semporna dari Warisan, dan ahli parlimen Langkawi dari Bersatu. Macamana pula usul undi tak percaya kepada Muhyiddin dikaitkan dengan Pakatan Harapan.

Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun telah keluar dari gabungan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020 oleh Presiden Bersatu bernama Muhyiddin. Parti Warisan pula hanya bekerjasama dan tidak termasuk dalam gabungan Pakatan Harapan.

Jadi lebai yang siap buat rakaman video dalam kereta kata Pakatan Harapan tak malu buat usul undi tak percaya tu pasal apa? Ke masa buat rakaman dalam kereta masuk dari bumbung kereta. Berat betul lebai Pandir ni.

Pakatan Harapan hanya membawa usul pelantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Ia telah dihantar kepada tuan Speaker Dewan Rakyat serta telah diterima.

Jadi isu usul tak percaya ini usul persendirian tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan.





𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, golongan oportunis ini adalah mereka yang cuba mengambil kesempatan semasa krisis dan masih diheret dengan menyebarkan kebencian kelompok, kebencian kaum dan kebencian agama sesama rakyat.

https://gemilangdaily.com/mujahid-seru-tolak-golongan-sebar-kebencian-kaum-dan-agama/


YB Maszlee Malik Tolak Tawaran Jawatan Di Bawah Agensi Kerajaan


Tahniah buat pengundi Parlimen Simpang Renggam yang memilih Ahli Parlimen yang menghormati mandat rakyat.

Dr Maszlee Malik mendahulukan mandat dan amanah rakyat bukannya keuntungan peribadi semata-mata. Beliau telah menolak secara baik tawaran jawatan dari sebuah agensi kerajaan.

Menerusi status yang dimuatnaik di facebook beliau;-

Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan.

Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil.

Saya yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan. MARA telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.

Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Mereka sangat-sangat perlu dibantu.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

Sumber:
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/3919845798086664/




𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻

Ini kelemahan dan kekurangan yang masih berlaku dalam Pakatan Harapan. Kelemahan dan kekurangan ini berlaku sama ada peringkat pimpinan tertinggi, negeri mahupun kawasan di peringkat Parlimen.

Selepas pasca PRU 14, gabungan Pakatan Harapan hanya kulit nampak cantik sedangkan isi di dalamnya tidak begitu comel. Masing-masing tidak mampu untuk bergerak sebagai jentera atau satu komponen yang mantap atas nama Pakatan Harapan.

Setiap program dan aktiviti, masih bergerak atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan. Ini yang Pakatan Harapan gagal dan tidak mampu melakukan sepertimana Barisan Nasional lakukan.

PKR dengan cara PKR, DAP dengan cara DAP, Amanah dengan cara Amanah sampai bila-bila rakyat tidak kenal identiti Pakatan Harapan.

PKR hantar sayur ke kampung A, selang beberapa hari Amanah pula pergi ke kawasan A hantar sayur juga. Apa salahnya susun gerak kerja atas nama kesepakatan Pakatan Harapan. Buang ego masing-masing.

Tak tahulah kalau ketua parti masing-masing dalam pemikiran duk buat program parti kau parti kau, parti aku parti aku untuk menonjolkan diri  nak jadi calon.

Yang lebih parah lagi apabila ada Ahli Parlimen atau penyelaras parlimen kawasan tak ngam dengan ketua parti itu dan ini. Tak boleh masuk dengan wakil rakyat itu dan ini, sedangkan satu komponen Pakatan Harapan. Masing-masing menunjukkan ego dan kuasa. Ini lagi parah dan mudah punah komponen Pakatan Harapan itu sendiri.

Kini parti-parti peringkat negeri dan kawasan perlu bergerak atas nama satu pasukan Pakatan Harapan. Bila ada sesuatu program dan aktiviti penglibatan semua komponen Pakatan Harapan ia perlu bergerak sekali.

Itu belum lagi kita lihat dah ada ke belum gabungan pimpinan Pakatan Harapan peringkat negeri mahupun kawasan/Parlimen. Masa awal-awal dulu yer... sekarang tak tahu la.

Pimpinan Pakatan Harapan Tertinggi sudah boleh mengarahkan setiap jentera parti-parti komponen Pakatan Harapan bergerak atas satu pasukan di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Wujudkan jawatankuasa secepat yang mungkin untuk bergerak membina semula negara.

Jangan terlalu syok sendiri buat Pakatan Harapan.


9 Mei 2020