Rabu, 27 Januari 2016

KURSUS ASAS PHOTOSHOP PERINGKAT PARLIMEN SEPANG

TARIKH: 23 JANUARI 2016 (SABTU)
MASA: 8.30 PG - 2.30 PTG
TEMPAT: PEJABAT AHLI PARLIMEN SEPANG, DENGKIL


Kursus Asas Photoshop telah diadakan semalam di  Pejabat Ahli Parlimen Sepang dengan kehadiran 15 orang peserta daripada Parlimen Kuala Langat, Hulu Langat, Serdang dan tuan rumah sendiri Sepang. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang.
Semoga dengan ilmu ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh para peserta bengkel











PENERANGAN TPPA DAN AKTA MKN DI BUMI HANG TUAH MELAKA

TARIKH: 24 JANUARI 2016 (AHAD)
MASA: 9 MLM - 11 MLM
TEMPAT: WARUNG REFORMASI, SIMPANG SOLOK GAUNG, AYER MOLEK, MELAKA.

CERAMAH PENERANGAN TPPA & AKTA MKN

Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin telah diundang sebagai panelis dalam ceramah penerangan berkaitan TPPA & Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diadakan di Warung Reformasi, Simpang Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka semalam. Ceramah yangg dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Melaka ini menampilkan tokoh tokoh politik tanahair seperti YB Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai), YB Shamsul Iskandar (Ahli Parlimen Bukit Katil), YB R. Sivarasa (Ahli Parlimen Subang), YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. Topik mengenai kesan buruk TPPA dan penindasan yang bakal dilakukan parti memerintah kepaad rakyat melalui Akta MKN telah dikupas oleh barisan panelis yg telah dijemput. AJK Amanah Sepang juga turut hadir bagi meraikan program ini.










YB AHLI PARLIMEN SEPANG BERSAMA MASYARAKAT PUTRA PERDANA

TARIKH: 24 JANUARI 2016 (AHAD)
MASA: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT: MASJID TAMAN PUTRA PERDANA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PUTRA PERDANA

YB Ahli Parlimen Sepang telah diundang menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat Putra Perdana di Masjid Taman Putra Perdana. Sambutan dimulakan dengan perarakan ahli kariah sempena memperingati sejarah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.
Majlis diteruskan dengan forum yang menampilkan Ustaz Dr Ann Wann Seng sebagai panelis jemputan. Turut diundang di majlisberkenaan  adalah ADUN Dengkil YB Shahrum Mohd Sharif, Penyelaras DUN Tuan Hj Borhan Aman Shah, Ahli Majlis Perbandaran Sepang Encik Baharudin Misran dan pemimpin pemimpin tempatan yg lain. Tahniah kepada Nazir, Imam Imam dan seluruh Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana atas penganjuran sambutan ini.