Isnin, 30 Julai 2012

GELOMBANG BERGELORA PAKATAN RAKYAT KE SABAH BAH....

Hangat dan panas punggong, gelisah semuanya bermain di benak fikiran pemimpin Barisan Nasional....ini semua gara-gara perisytiharan 2 Ahli Parlimen dari Sabah yang berpengaruh melancarkan gerakan "Angkatan Perubahan Sabah" dan seterusnya mengistytiharkan keluar dari Parti UMNO dan Barisan Nasional serta terus terang tanpa bersuluh menyokong ASPIRASI PAKATAN RAKYAT.

Kini laluan PR ke Putrajaya telah dibuka lorongnya...Parti BN yang sebelum ini menganggap Sabah menjadi penyelamat kini sudah mula bergelora akibat dari tindakan 2 orang yang berpengaruh di Sabah. Tahniah Lajim Ukin Dan Wilfrid Bamburing.....petugas-petugas PR sudah boleh melipatgandakan usaha dan memberi penjelasan dasar-dasar PAKATAN RAKYAT sekiranya memerintah Sabah & Persekutuan....Ayuh Rakyat Sabah....AYUH BERUBAH BAH SEBELUM PARAH....



Khamis, 26 Julai 2012

MANA MAK??? KALAU DIHAYATI SEDIH MEMBACA CERPEN INI.......

KELAB GREENBOC: [TAZKIRAH] Mana Mak?: J am 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. ... ... Ayah baru...

Selasa, 24 Julai 2012

ISU : PENANGGUHAN PUASA UNTUK ATLIT MALAYSIA

Hari ini para mUFTI bersetuju untuk bersepakat dan berpadu suara membenarkan atlit Malaysia menangguhkan BERPUASA sempena OLIMPIK 2012...atas dasar apa para mUFTI  bersepakat dan bersepadu suara???
Hari tu apabila terdengar khabar dan ura-ura KERAjaan UMNO/BN ingin mengadakan PRU13 di musim haji, maka Ketua Penerangan PAS mengeluarkan arahan kepada ahli petugas PARTI untuk menangguhkan menunaikan fardhu haji.....maka riuh rendah, haru biru, hiruk pikuk semua bersuara sehingga ada yang menyatakan arahan SESAT....maka mUFTI pun bersuara sehingga Menteri Hal Ehwal Islam pun bersuara demi kepentingan diri & politik.....bukankah memilih pemimpin itu WAJIB..
Rakyat WAJIB memilih pemimpin atau KETUA NEGARA (Perdana Menteri) yang mempunyai AKHLAK yang MULIA, melaksanakan pentadbiran berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.....Pemimpin Yang Tidak Zalim, Rasuah dan Kaya Raya dari hasil usaha Rakyat.

Isnin, 23 Julai 2012

PERHIMPUNAN PERDANA IMAM-IMAM & AHLI JAWATANKUASA MASJID SELURUH MALAYSIA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Program yang memberi peluang Imam-Imam dan AJK Masjid Seluruh Malaysia beramah mesra bersama YAB Perdana Menteri Malaysia. Program yang diadakan di Dewan MAEPS, Serdang Selangor berjaya menghimpunkan 11,000 imam-imam dan AJK.....Alhamdulillah kehadiran yang cukup membanggakan dengan tema  program "MASJID DIIMARAH, IMAM DITRANSFORMASI"
Nyanyian lagu 1Malaysia   


Sebahagian Para Imam-imam yang hadir



Pengangkutan Bas yang membawa Imam-Imam & AJK masjid seluruh Malaysia ke Perhimpunan


Sebahagian Imam-Imam & AJK Masjid menuju ke Bas masing-masing setelah menjamu selera makan tengari bersama PM

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERLU AMBIL PELUANG INI.....

Memang benar kemasukan artis, budayawan dan karyawan didalam parti Pakatan Rakyat satu fenomena yang luar biasa. Pemimpin Pakatan rakyat harus menggunakan peluang yang ada untuk menyerlahkan bakat2 yang mereka ada....betul kata saudara ZUNAR apa guna dibawa ke hulu ke hilir berceramah tetapi impak dan hasilnya sekadar berpuashati...tetapi sekiranya Pemimpin Pakatan Rakyat dapt memberi ruang dan peluang kepada golongan ini terus berkarya Insya Allah akan ramai golongan-golongan ini akan turut serta dalam Pakatan Rakyat........AZLI SHUKRI TODAY: Zunar Tak Puas Hati dengar Pakatan Rakyat?: KUALA LUMPUR, 23 Julai — Pakatan Rakyat (PR) harus menyediakan ruang bagi golongan artis yang m...

MENARIK UCAPAN HAJI YUSOFF HASSAN



Walaupun perhimpunan ini telah berlalu namun aku tertarik dengan ucapan beliau....apatah lagi ucapan beliau di Perhimpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya ini dapat disaksikan seluruh rakyat Malaysia apatah lagi warga JAKIM....habis riuh haru biru haruk pikuk bila ramai yang melihat Tuan Haji Yusuf Hassan berucap....ada yang terpegun...ada yang tidak percaya...namun aku menjawab inilah REALITI....Tahniah Haji Yusof Hassan...semoga ISTIQOMAH dalam perjuangan yang tidak menjanjikan apa-apa pangkat, jawatan mahupun harta kecuali kita NIAT bersama-sama menegakkan ISLAM dan Metadbir Urus Negara ke arah Yang Baik dan Lebih Baik....Takbir

ALAHAI UMNO/BN SELANGOR...MERAIH SIMPATI SUNGGUH-SUNGGUH NI

Ada member dapat mesej ni dan FORWARDKAN kat aku.............
ucapkan Ahlan Wasahlan tu ok dah tiba yang akhir tu keluar pulak ayat " SAYANGI SELANGOR YAKINI BN" hehehehe...
Rakyat Selangor Memang Sayang SELANGOR tapi nakYAKINI BN dah takder dah kot.......sepatutnya "SAYANGI SELANGOR HAPUSKAN BN" hehehehe


JUBAH INIKAH YANG DIMAKSUDKAN SHARPSHOOTER...........

Mungkin ini lah yang dimaksudkan oleh blog Sharpshooter.................SharpShooter: Politik Jubah @NajibRazak tanda umporno bakal dika...: Alahai Menteri Wanita bermisai..sampai politik Jubah terpaksa digunakan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah ...

Sabtu, 21 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak....semoga Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelum ini....rebutlah peluang segala kemuliaan yang terdapat di dalam bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini iaitu RAMADHAN.....semoga RAMADHAN tahun ini juga membuatkan kita sentiasa beristqomah serta menghayati sejarah yang akan berlaku didalam bulan RAMADHAN nanti seperti perjuangan RASULULLAH SAW dalam mempertahankan ISLAM dalam PERANG BADAR serta TURUNYA AL-QURAN sebagai panduan hidup yang penuh dengan cara hidup yang diajar dalam ISLAM.....ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR....ALLAHUKAHBAR....rebutlah
10 awal RAMADHAN adalah KEBERKATAN......
10 pertengahan RAMADHAN adalah KEAMPUNAN....
10 TERAKHIR RAMDHAN terlepas dari AZAB NERAKA.

Rabu, 18 Julai 2012

PERHIMPUNAN BUAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sibuk sungguh YAB Perdana Menteri Malaysia ini memenuhi undangan Perhimpunan. Setiap kali perhimpunan sudah pasti kehadiran dijangkakan 5000 ke atas.
Baru-baru ini PM telah hadir ke Perhimpunan bersama Belia dengan pelancaran 1M4....(apa ntah maksudnya) dengan hiburan serta campur gaul anak muda mudi belia...dengan solatnya ntah ke mana???...esok PM akan bersama pula dengan Imam-Imam dan jawatankuasa Masjid seluruh Malaysia....sudah pasti berbondong-bondong bas akan datang dari seluruh pelusuk di Malaysia...sudah pasti perwatakan dan ucapan PM akan berlainan al maklum la tiada tari menari apatah lagi akan dihadiri kesemuanya lelaki...
Persoalannya adakah kedua-dua perhimpunan ini ditaja...disponsor...atau hadir dengan niat yang ikhlas dan sukarela????hurmmmmmmmmmmmm fikir-fikirkan berapa banyak duit rakyat habis dengan program seperti ini atas nama PERHIMPUNAN?????

Selasa, 17 Julai 2012

SUDAH-SUDAH LA....GUNA LAH CARA GENTLEMAN......

Dah naik bosan dah....tak habis-habis dengan isu LIWAT...LIWAT...LIWAT....bila LIWAT kaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim....bila Dato Seri Anwar Ibrahim orang kalitkan LIWAT dan tiada kerja lain dah ke puak-puak UMNO.....dah tiada keJANTANan dah ke untuk menjatuhkan insan bernama Dato Seri Anwar Ibrahim.........MIMPI SENJA: Fitnah Liwat 3 terhadap DSAI : Orang dah bosan .. ...: Dakwaan liwat: Sudah naik bosan, antara reaksi pembaca WARTAWAN SINAR HARIAN 17 Julai 2012 $entry.content.caption.value SHAH ALAM - Orang ...

KENANGAN HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.....telah lama tidak menjenguk blog ku ini akibat sibuk dan kekangan bekerja....

Namun aku berbangga dan teruja kerana dapat memeriahkan Ekspresi Anak Muda Ke Putrajaya walaupun tidak dapat meraikan Munajat bersama Pimpinan PAS di waktu malam.. Walaupun aku hanya dapat memeriahkan Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya sahaja tetapi bahang kemeriahannya terasa sepanjang perjalanan pulang ku dari stadium Kuala Selangor ke Salak Tinggi. Aku melihat anak muda di sekeliling stadium menyebabkan aku rasa bersyuku dan berdoa kepada yang maha ESA Allah SWT semoga kemenangan Parti berwadahkan Islam dapat digapai dan tercipta pada PRU13 untuk mentadbir negara ini dengan sokongan anak muda serta bantuan dari ALLAH.

Sedikit kenangan ku di Stadium Kuala Selangor:




















Selasa, 10 Julai 2012

SERANGAN AMUKAN DI BANGUNAN JPM

Assalamualaikum......

Bermula malam tadi semua siaran televisyen menyiarkan berita serangan amukan di JPM....di laman-lama Facebook turut tersebar berita ini....aku mendapat berita ini pada jam 3.00 petang...
Habis gegak gempita di ofis aku ada serangan amukan di JPM...polis menembak manusia yang mengamuk itu seramai dua orang...aku memaklumkan kepada rakan ku di ofis, apakah akan berlaku ceritera MahaRAja LawaK al-maunah kembali bersinar.....
Hari ini di dada-dada akhbar tersiar dengan tajuk-tajuk yang memberangsangkan "Imam Mahadi........" dan yang lebih dahsyat di Facebook terpampang wajah si pengamuk dengan blognya....ooooo rupanyer si pengamuk ini seorang blogger jugak ke???

Makin menarik isu ini....maka apakah akan ada sesetengah pihak akan memanipulasi isu ini di dalam kotak pemikirannya seperti....blogger pro PR ke??? Nak Guling Kerajaan ke???seorang Ahli parti ke??? maka kembali la semula cerita-cerita seperti di Perak dahulu dengan rompakan senjata di kem...ini kali cerita bagaimana mudah pintu keselamatan di JPM mudah dicerobohi dan dicabuli????.....kita tunggu ceritera ini sampai kemana pengakhiran episodnya????

Selepas Si Pengamuk Di Tembak..........
Di Dada Akhbar Hari Ini....................
Tunggu Barisan Ini Membuat Penyiasatan Bagi Pengakhiran Episod "Amukan Imam Mahadi Di JPM"




Isnin, 9 Julai 2012

KEJAYAAN ANAK BEKAS PRESIDEN UMNO???


Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama aku memulaukan tidak mengisi minyak Petronas akibat dari kezaliman kerajaan BN terhadap rakyat Terengganu dan kini Kelantan...isu Royaliti. Kini sekali lagi aku terpaksa memulaukan satu lagi stesen minyak yang berjenama PETRON. apatah lagi PETRON ini berkaitan dengan syarikat yang membekalkan arak berpangkalan di Filipina iaitu San Miguel.....ditambah lagi kebencian aku terhadap PETRON apabila ramai di blog PR...ceramah PR yang menyatakan PETRON dimiliki oleh seorang anak emas bekas Presiden Parti Keramat Dan Lahanat UMNO iaitu MIRZAN MAHATHIR....

Anak memiliki minyak PETRON......Bapak Penasihat PETRONAS....lepas ni anak dan bapak jadi ORANG MINYAK yang menyamun dan mencabul hak rakyat....

JOM UBAH KERAJAAN BN sebelum RAKYAT PARAH DAN MENANGGUNG SUSAH

Ahad, 8 Julai 2012

BAPAK PENCEN...ANAK KAYA LAGI???

walaupun baPAKKKKK dah pencen anak masih lagi kaya.....Komplot Mahathir, Esso dan San Miguel

GOLONGAN MUDA PENETU PERUBAHAN???

Inilah persoalanya....
Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia membuat perubahan dari kerakusan Pemerintahan Sekarang iaitu  BN kepada Kerajaan yang tulus & mulus PR...
Golongan muda sudah pasti penentu kejayaan....golongan muda yang hanya berfikiran "asal hidup boleh enjoy" sudah pasti kerajaan yang ada sekarang akan diundi.....tetapi bagi golongan generasi muda yang mempunyai pronsip mengabaikan hiburan dan enjoy, sudah pasti pilihan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan bagi membentuk generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa.....melihat ketulusan dalam pentadbiran....kerajaan yang mahu mendengar suara anak muda mudah di dengari bukan hanya heboh sekampung tetapi janjinya kosong....
Golongan muda tidak perlu memandang jauh....lihat bagaimana pentadbiran di Kelantan, peluang untuk belajar dan belajar apa itu ilmu??, apa itu iman??, apa itu taqwa?? boleh dipelajari dari tuan-tuan guru dipondok mahupun kuliah-kuliah yang ada diseluruh serambi Mekah tanpa memerlukan tauliah....sekiranya ingin melihat suara anak muda didengari lihat la Kerajaan Negeri Selangor begitu banyak program-program bersama belia sehinggakan peluang untuk menjadi usahawan turut dibuka....nilaikan la....bagi mengurangkan beban golongan muda belia dalam megejar ilmu, kerajaan PR mengemukan cadangan memansuhkan PTPTN...adakan golongan ini tidak mahu melepaskan peluang yang ada dan bebas dari hutang...lihat lah bagaimana Kerajaan Selangor menangani isu PTPTN Unisel apabilan kerajaan pemerintah BN yang zalim menarik bantuan PTPTN....dengan pantas YAB Menteri Besar Selangor PR mecari dana dan jalan menyelesaikan isu PTPTN UNISEL....mengelabah kerajaan zalim BN sehingga penarik balik bantuan PTPTN UNISEL.....itu baru Selangor yang sudah pasti kerajaan PR sudah bersedia mencari dan menjana ekonomi yang membolehkan anak-anak rakyat Malaysia mendapat pendidikan secara PERCUMA.....

AYUH GOLONGAN MUDA....KITA BERSEDIA MEMBUAT PERUBAHAN...HANYA 5 TAHUN SAHAJA......