Ahad, 29 November 2020

Bahas belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa mula esok


Esok dijangkakan akan bermula perbahasan belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa selepas peringkat dasar baru-baru ini. Jika mengikut pengumuman YB tuan speaker berdasarkan peraturan mesyuarat, agensi yang akan mula-mula membentang dan akan dibahas sebelum lulus adalah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut sesi perbahasan peringkat dasar yang lepas, Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim ada mempersoalkan peruntukan projek khas dibawah Jabatan Perdana Menteri. Apa projek khas yang dimaksudkan itu dengan sejumlah RM1 billion?

Menurut YB Hassan Karim " beliau musykil di dalam buku anggaran belanjawan yang tebal di muka surat 107. Perbelanjaan dibawah Jabatan Perdana Menteri, ada projek khas. Projek khas itu apa? Beliau turut mencari nota kaki pun tiada.

Malah beliau menegur mana boleh wang sebanyak RM1 billion yang lebih besar daripada sesetengah negeri di Semenanjung kita dan beliau meminta Menteri semak semula.

Nantikan esok 30 November 2020.......



 

Azmin terus diraikan dalam BERSATU

Satu perubahan besar berlaku ketika berlangsungnya persidangan agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih dikenali sebagai BERSATU semalam. Besar kemungkinan seluruh ahli BERSATU di peringkat akar umbi pun turut gembira dan menyambut baik perubahan yang dilakukan.

Keahlian Bersatu dibuka untuk bukan Melayu dan bukan Islam. Inilah satu perubahan yang menarik berlaku di dalam Bersatu. Dahulu parti ini khusus untuk Melayu. Berjuang untuk Melayu kerana Umno telah dianggap sebagai tidak relevan di awal penubuhan Bersatu ketika itu. Semua tahu ahli Bersatu majoritinya dari Umno, sebuah parti untuk keahliannya Melayu sahaja. 

Kenapa keahlian Bersatu dibuka kepada bukan Islam dan bukan Melayu? 

Di sini boleh dilihat bagaimana Azmin dan pengikutnya diraikan oleh pimpinan Bersatu. Disinilah kelicikan Azmin. 

Ini kerana dikalangan pengikut Azmin terdiri daripada mereka yang sebelum ini dari parti yang berkonsepkan pelbagai kaum iaitu PKR. Keahlian parti mana mereka akan duduk seperti seperti Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Jadi bersedialah ahli-ahli Bersatu menyambut kehadiran mereka. Sekadar peringatan buat ahli Bersatu, 20 tahun mereka ini menjerit "Reformasi Reformasi Reformasi" yang akhirnya dikhianati, apalah sangat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM - Bersatu). 

Jadi berhati-hatilah dengan mereka. 

Sumber: https://mhdaily.net/keahlian-bersatu-dibuka-untuk-bukan-melayu-bukan-islam//



Sabtu, 28 November 2020

Jangan dimarahkan anak muda


Biarkan anak muda melontarkan pandangan dan pendapat mereka. Jangan dikecam atau dilabelkan dengan istilah "biadab" atau apa-apa istilah pun. Semua merasa muda dan anak muda hari ini lahir dari semangat yang ditiupkan oleh mereka yang kini bergelar orang lama. Mereka ini  pernah melihat kepanasan gelombang darah muda yang pernah kamu tonjolkan dahulu sebelum kamu berstatus orang lama.

Bukankah anak muda yang berani melontarkan pandangan dan pendapat menegur pemimpin itu lebih baik dari anak muda yang "yes bos...yes bos..yes YB...yes YB". Jangan bila kamu telah berjawatan, kamu sendiri sekat kebangkitan anak muda.  Dahulu kamu yang beriya-iya menyeru "bangkitlah anak muda" untuk melawan segala kerosakan dan kemungkaran.

Anak muda yang berani melontarkan pandangan dan pendapat serta menegur pemimpin itu lebih ikhlas dari hati mereka. Mereka bukan anak muda yang cuba meraih populis atau mendapatkan apa-apa keuntungan. Tapi mereka telah rimas dan lemas melihat orang lama bergaduh dan berpolitik seperti kebudak budakan.

Biarkan anak muda bersuara, anak muda yang lahir dari Pakatan Harapan pasti bukan anak muda yang gilakan jawatan dan habuan. Malah anak muda yang lahir dalam Pakatan Harapan bukan anak muda yang mudah menangis di sebalik sofa, menutup muka mengalirkan air mata buaya.

Hei Anak Muda...teruskan langkah mu

Selasa, 17 November 2020

Harga yang cukup mahal dilepaskan oleh seorang wanita bernama Wan Azizah.

Wanita yang cukup kental dalam menghadapi segala fitnah dan caci maki. Wajah yang menampakkan lemah lembut akhirnya terpaksa berkorban dengan menceburi satu bidang yang luar dari pemikirannya. Satu bidang yang penuh dengan muslihat dan tipu daya iaitu politik.

Tertarik ciapan yang dimuat naik oleh saudara Farhan Zulkefly di akaun twitternya.

Memetik ciap beliau "Lebih hebat, kita hampir mendapat Perdana Menteri wanita pertama pada Mei 2018.

Wan Azizah ditawar oleh YDPA untuk menjadi PM, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana pegang pada janji dan taknak khianat.

Akhirnya? Beliau dikhianati dan ditertawa. 

https://twitter.com/farhanzulkefly/status/1325299118772686849?s=19

Begitulah ciap beliau. Bagaimana wanita yang cekal, tabah serta mentaati janji yang akhirnya dikhianati.




Kalau dah benci tiada lagi kompromi


Inilah yang berlaku dikalangan pemimpin Umno mahupun ahli akar umbi. Luka ketika mereka ditewaskan pada pilihanraya umum ke-14 masih lagi terasa. Apatah lagi luka yang sedikit pada awalnya bertambah pedih dan parah yang amat mendalam apabila aksi melompat beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Umno mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14 menyeberang kepada parti Bersatu.

Mungkin ada dikalangan pemimpin Umno yang berjawatan di dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak terasa berbanding ahli-ahli akar umbi yang bertempur ketika pilihanraya umum ke-14.

Bagi pemimpin Umno yang bertempur dan tewas pada pilihanraya umum ke-14 kepada calon-calon Bersatu pasti merasa perit. Rakyat semua tahu bagaimana Umno yang menerajui Barisan Nasional diaibkan di peringkat persekutuan sehinggalah tumbangnya beberapa buah negeri sebelum diambil balik melalui "Langkah Sheraton".


Sebab itu, pemimpin Umno yang berintegriti seperti Ku Li merasakan Umno perlu kembali melangkah seperti Pahlawan yang gagah. Bina semula kepercayaan rakyat kepada UMNO bukannya bersama  pengkhianat dan parti yang mengambil kesempatan disebabkan pangkat serta jawatan. 

Ku Li telah melihat bagaimana pengkhianat terus mengkhianati Umno pasca pilihanraya negeri Sabah yang lalu. Calon bebas yang ditampilkan untuk mengugat calon-calon Umno, perlantikan jawatan Ketua Menteri serta agihan jawatan dalam kabinet Sabah sudah cukup bagi pandangan Ku Li melihat pengkhianat cuba menenggelamkan Umno.

Jangan ditunggu Pilihanraya Umum kerana pengkhianat tidak pernah diam dan akan terus khianat.

Sumber:

https//utamadaily.com/gempar-umno-akan-tanding-parlimen-pagoh/