Isnin, 30 November 2015

MP SEPANG & ADUN SG. PELEK MERAIKAN PROGRAM " GO BACK TO SCHOOL"

YB Ahli Parlimen Sepang Tuan Haji Hanipa Maidin dan YB Adun Sg Pelek YB Lai telah turun ke padang meraikan "Program Back To School" bertempat pusat membeli belah Giant, Nilai. Program yang setiap tahun diadakan bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan keluarga dengan ekonomi sekarang serta memberi semangat kepada anak anak ini menuntut ilmu dalam mencipta kejayaan. Program ini juga diraikan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa & agama.








AHLI PARLIMEN SEPANG MERAIKAN KANAK KANAK

Bandar Baru Salak Tinggi

Ahli Parlimen Sepang YB Tuan Haji Mohamad Hanipa Maidin telah menyempurnakan Majlis Khatan Beramai Ramai bertempat di Surau Al Amin Taman Mawar Fasa 2, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Majlis yang diadakan pada tahun ini berjaya mengumpulkan 29 orang kanak kanak yang berjaya dikhatankan. YB turut menitiberatkan peranan Institusi keluarga dalam mencipta kejayaan dan kegemilangan anak anak. 







Selasa, 24 November 2015

AMANAH SEPANG TERUS MELEBARKAN SAYAP

Parti Amanah Negara (AMANAH) terus melebarkan sayapnya ke salah satu ADUN yang berada di bawah kerusi P113 Parlimen Sepang iaitu Adun Tanjung Sepat. Aktiviti menyebarkan flyers dan menghampiri masyarakat di Adun Tanjung Sepat bagi meneruskan dan memperkenalkan parti baru Amanah. Semua kepimpinan Amanah Sepang telah turun ke padang bagi menjayakan aktiviti . Semoga aktiviti ini berterusan dan diterima oleh masyarakat di bawah Adun Tanjung Sepat serya menerima kehadiran Amanah sebuah parti yang insklusif.


Jumaat, 20 November 2015

DEMO BUAT AMBO TANYO,

Pertembungan menarik antara tuan Presiden dan bekas Naib Presiden cukup hebat dari pertembungan derby BPL antara Liverpool vs Manchester United mahupun La Liga Sepanyol Real Madrid vs Barcelona.....kira pertembungan ini ibarat Terengganu (Peteh) vs Kelantan (Red Worriors)....hehehe

Taktikal pertembungan dua orang ini bukan calang calang pertembungan, masing masing telah kenal mengenali formasi apa yang perlu di gunapakai. 

Apabila anak dari Kelantan bersuara maka gegak gempita insan ma'sum dari Terengganu menyahutnya. Baru dia tersedar selama ni nak menyalak celah bukit tanpa sahutan rupanya ada dari Kelantan. Terus menerus dari Terengganu mengeluar ayat cabaran sebagai seorang ulama "meminta anak dari Kelantan bersumpah sampai mempertaruhkan insan tersayang".


Apa pun anak dari Kelantan telah bersuara hanya menunggu jawapan Ya atau Tidak pertembungan sulit menyulit nak ber"UG

Yang dari Kelantan bukan calang calang Tuan Presideng woiiiii....almarhum TGNA pun puji anak Kelantan tu...tanpa idea beliau,tanpa usaha beliau belum tentu Kerajaan Kelantan mampu melangsaikan hutang piutang dengan Kerajaan Persekutuan ketika beliau exco. Kerajaan Persekutuan tu la yang Tuan Presiden nak jadi Punahsihat.

Anak Kelantan itu Husam Musa bukan Ahli Parlimen PAS mahupun TMB yang berkokok tak tentu Hala........

Kursus IT Peringkat Sepang Selangor

Alhamdulillah....

Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yang telah diatur oleh En Thiban selaku AMK Sepang. Program yang dirasmikan oleh YB Nik Nazmi sebagai Exco Pendidikan Selangor memberikan semangat kepada para peserta untuk mendalami ilmu IT. Program seperti ini memberi peluang dan ruang agar Rakyat Selangor tidak ketinggalan dalam arus maklumat. Menampilkan 2 orang blogger hebat Sharpshooter dan Milo Suam memberi ruang para peserta mempelajari penciptaan blog serta menampilkan saudara Johan dalam mempelajari teknik adobe photoshop. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta akan dimanfaatkan oleh para peserta. Tahniah buat pihak penganjur AMK Sepang.

Peserta bergambar bersama YB Nik Nazmi
Ucapan Perasmian oleh YB Nik Nazmi

Sebahagian para peserta