Jumaat, 14 November 2014

PERTANDINGAN BERCERITA KARNIVAL BAHASA MELAYU : SUKA & DUKA

Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Bahasa Melayu anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. banyak kategori yang dipertandingkan seperti:

i. Pertandingan Bercerita Tahap 1 & 2 (Sekolah Rendah)
ii. Pertandingan Pidato
iii. Ujian menulis

Namun terdapat suka dan duka yang dihadapi sepanjang pertandingan berlangsung dari 9 - 11 November 2014 di Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.

Tanggal 10 November 2014 ( Isnin), jam 6.30 pagi aku menyusuri jalan raya dari Salak Tinggi menuju ke Port dickson dengan melalui jalan lama.  Jam 7.30 pagi selama satu jam aku telah sampai di Hotel Glory Beach Port Dickson Negeri Sembilan. Aku melihat suasana ceria dikalangan para peserta yang akan bertanding sempena Karnival Bahasa Melayu. Berbagai bagai ragam dari segi pakaian dan semangat para peserta.

Aku terus menuju ke tingkat 2 Hotel Glory Beach kerana di sebuah bilik seminar dipilih untuk menempatkan Pertandingan Bercerita Karnival Bahasa Melayu Tahap 1. Alhamdulillah suasana di dalam bilik seminar itu amat selesa untuk pertandingan bercerita dijalankan. Namun aircond yang sejuk menyebabkan para peserta mengigil kesejukkan dicampur pulak mengigil gementarnya lagi. Seramai 16 orang peserta yang bertanding. Pertandingan juga dimulakan agak lewat dengan menunggu seorang juri hakim yang masih belum tiba bagi mengenapkan 5 orang juri hakim yang akan mengadili Pertandingan Bercerita Tahap 1 dijalankan.

Setelah semua jemaah juri hakim sudah bersedia maka pertandingan bercerita dimulakan bagi KATEGORI PERTAMA iatu PENCERITAAN HAFALAN. Pengerusi memulakan majlis dengan madah pantun yang cukup indah meraikan kehadiran para tetamu serta memperjelaskan peraturan dan syarat-syarat pertandingan. Setelah pertandingan bermula, para tetamu dikejutkan dengan perkara yang DILUAR DUGAAN &  KAWALAN. Peserta yang memegang nombor 3 tiba-tiba batuk ditengah-tengah penceritaan yang dibawa, adik ini tetap ingin meneruskan penceritaannya namun sekali lagi batuk sehingga tahap ingin MUNTAH. Namun tindakan pantas guru pembimbing yang penuh bertanggungjawab dan seorang ayah yang melihat keadaan anaknya terpaksa meluru ke pentas untuk menariknya keluar. Ketika guru pembimbing dan ibu adik ini mengiringinya ke tandas adik ini berkata " MINTA MAAF IBU KAKAK DAH KALAH" bagaimanakah perasaan seorang ibu ketika itu?? bagaimanakah perasaan seorang anak yang telah memahami erti pertandingan??

Tiba-tiba salah seorang urusetia datang memaklumkan kepada aku, "TUAN, PIHAK JURI MEMBERI PELUANG SEKALI BUAT ADIK ITU UNTUK MEMPERSEMBAHKAN KEMBALI PENCERITAANNYA selepas kesemua peserta mempersembahkan penceritaan. Suasana kembali ceria buat adik berkenaan, namun untuk mengembalikan SEMANGAT YANG TELAH JATUH perlu dilakukan oleh guru pembimbing adik berkenaan dengan penuh keyakinan.

Selepas kesemua peserta membuat persembahan dengan diakhiri peserta dari Pulau Pinang, tiba lah adik berkenaan untuk mempersembahkan penceritaannya. Kali ini adik itu cukup bersedia sehinggakan beliau menahan batuk serta membuat persembahan tanpa ada SANGKUT-SANGKUT mahupun SEBUTAN YANG JELAS TANPA ADA SEBUTAN YANG SALAH.

Maka berbunyilah ahli-ahli keluarga peserta KENAPA DIBERIKAN PELUANG KALI KEDUA PESERTA?? Tepat jam 10 lebih maka sesi pertandingan berehat sebentar dan jam 11:26 pagi akan bermula la pertandingan bagi Sesi kedua iaitu PENCERITAAN SECARA SPONTAN??KENAPA BERBUNYI?...GOYANG ATAU MULA TERGUGAT???

Apabila bermulanya pusingan kedua bercerita secara spontan, para peserta akan mengundi cerita di meja Ketua Juri sebelum diserahkan kepada meja urusetia untuk diumumkan dan tayangan slide di skrin. Peserta akan melihat gambar di slide selama 1 minit sebelum mempersembahkan penceritaan berdasarkan slide selama 3 minit. Apabila tiba peserta nombor 3, adik itu membuat persembahan penceritaan tanpa ada cacat cela dan lancar tanpa ada sangkut walaupun sebarang ayat berbanding para peserta yang lain dengan masa yang singkat tak sampai 3 minit, menggunakan perkataan 'BOGEL' apabila bertanya kepada audience apatah lagi menggunakan perkataan popular dari sebuah rancangan realiti Tv " TERLAJAK LARIS' dan ' BETUL BETUL BETUL" serta lari dari tajuk yang ditayangkan di slide.. DIMANAKAH REALITINYA KARNIVAL BAHASA MELAYU??? DIMANAKAH SOPAN DAN TERTIBNYA PERKATAAN YANG DIGUNAKAN DARI PANDANGAN JURI??

Apabila selesai pertandingan, begitu ramai yang memuji persembahan adik yang membuat persembahan dengan penuh semangat selepas semngatnya hilang akibat dari PERKARA YANG LUAR KAWALAN??

Apabila diumumkan para pemenang "TOP 3" ramai terkejut. Peserta yang menggunakan perkataan yang menggunakan bahasa " BOGEL" boleh berada di Top 3.  

Bagi ahli keluarga berkenaan, besar tanggungjawab untuk kembali memulihkan semangat adik berkenaan dari segi emosi dan mental.

Berdepan dengan guru-guru sekolah lain yang bercakap Kesian adik tak dapat Top 3 sebab adik membuat persembahan yang terbaik sama ada di lif, lobi hotel dan tempat makan???

PANDANGAN ORANG LAIN LAGI BERNILAI DARI PANDANGAN LIMA ORANG JURI YANG TAKUT...SEDANGKAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN JURI BOLEH MEMANGGIL PARA PESERTA DAN GURU PEMBIMBING/PENGIRING SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN!!!


PERSOALANNYA?

1. Mengapa peserta yang menggunakan perkataan "BOGEL' dan menggunakan "BAHASA PASAR' boleh diterima sebagai pemenang???

2.Berapa orang peserta tahap 1 yang mempersembahkan penceritaannya selama 3 minit atau lebih dari PANDANGAN JURI ???

3. Apakah relevannya KETUA JURI memberi peluang kepada adik berkenaan membuat persembahan kali kedua sedangkan ramai guru-guru pembimbing terkejut dengan keputusan pertandingan apabila adik itu hilang dari TOP 3???

4. Segala apa keputusan pertandingan yang dibuat oleh KETUA JURI (SEORANG WANITA) pihak kami juga dapat maklumat cara pengendalian keputusan??? Jangan ingat kita tiada kawan untuk mencari maklumat berdasarkan teknologi yang ada sekarang, di hari 11/11/2014 pagi saya dah boleh dapat maklumat melalui WHATSAP!!!!!!

5. Jelas bahawa di dalam Islam memang kaum hawa tidak boleh dijadikan Ketua???

6. Mengapa perlu salah seorang JURI datang berjumpa GURU PEMBIMBING adik berkenaan memohon maaf kerana keputusan yang terpaksa diumumkan kerana  bimbang akan di protes???..KALAU BIMBANG DI PROTES KETUA JURI TIDAK PERLU BAGI PELUANG KEDUA ADIK BERKENAAN MEMBUAT PERSEMBAHAN!!!!!!

yang jelas cukup banyak cacat cela penganjuran Karnival Bahasa Melayu ini....sehinggakan  Majlis Penutup pun banyak GANGGUAN!!!!!!

MACAM NI KE PENGANJURAN BERTARAF KEBANGSAAN!!!!!!!!!!

MACAM NI KE CARA NAK MARTABATKAN BAHASA MELAYU, ANAK YANG BERUSIA 9 TAHUN MAMPU BERTANYA KEPADA AUDIENCE TENTANG " RAKAN-RAKAN PERNAH MANDI BOGEL"???

DIMANAKAH NILAI NILAI MELAYU YANG INGIN DITERAPKAN????