Selasa, 29 Disember 2015

SOALAN YANG BERNAS , MENANTI JAWAPAN YANG IKHLAS...

Maaf  Tok Guru Hj Hadi,saya bertanya-Bahagian 1

1.Saya merujuk kepada berita di harakahdaily.net bertajuk "Mesti Islam Ketua Kerajaan"'yang memetik kenyataan Tok Guru Hj Hadi ( TGHH ).

2. Pertamanya, TGHH menyatakan " dalam Malaysia , majoriti rakyat adalah orang melayu Islam, mesti terima hakikat, melayu Islam memimpin negara. sama ada cara Umno atau cara Pas ,itu bab lain."

Soalan saya pada TGHH

a. Bukankah realiti di Malaysia, bila nak perintah Malaysia kena ikut Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Maka dalam PP tidak disyaratkan yg memimpin negara mesti orang Islam. Yang disyaratkan adalah yang nak memimpin negara ini mestilah mendapat sokongan dan keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat ? Jadi mengapa hanya hadkan realiti tersebut tanpa mengira realiti lain yang juga tak kurang pentingnya?

b. Kenapakah TGHH , sebagai Presiden Parti Islam, bercakap tentang pemimpin melayu /Islam dan tidak hanya pemimpin Islam ? Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa. Adakah melayu Islam yang korup akan diutamakan daripada cina Islam atau India Islam atau kadazan Islam yang bertaqwa. Kalau ya, minta maaf, saya ada masalah nak terima Islam versi tersebut. Adakah ini asabiyyah baru iaitu assabiyyah Islam ?

c. Tok Guru kata "Pas mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam". Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti melayu/Islam..Yang ini , bagi saya, tak wajar dan nampak asing dari ajaran Islam.?

2.TGHH juga kata "dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa"

Saya pohon bertanya

a.  Nampaknya macam ada tak kena dengan kenyataan itu, seolah olah tak melihat keseluruhan sejarah Islam. Bukankah sejarah Islam menyaksikan juga pelbagai ragam pemerintahan..Yang adil seperti pemerintahan Syaidina Umar Abd Aziz'wujud. Yang zalim dan memberi wajah dan imej buruk kepada Islam juga seperti pemerinyahan Yazid ibnu al Muawiyyah dan seumpamanya juga wujud. Melainkan TGHH bersikap selektif dalam bercakap tentang sejarah Islam, saya rasa menggunakan elemen sejarah untuk justifikasi pemerintahan Islam ada masalah .

b. Adakah pemerintahan bukan Islam dengan sendirinya zalim dan tidak adil..Kalau itu pegangan TGHH, mohon bertanya mengapakah Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat r.a utk berhijrah ke Habsyah ('Ethopia )'di bawah pemerintah seorang raja kristian. Kalau pemerintahan kristian itu tak adil, mengapa Rasulullah s.a.w benarkan para sahabat berhijrah ke sana?

c. Bukankah Imam Ibnu Al Qayyik.pernah menyatakan "'kerajaan.adil boleh wujud dalam pemerintahan yang tidak laksana syariat Allah dan pemerintahan zalim boleh wujud walaupun dalam pemerintahan yang laksana syariat Allah" atau kata kata seumpamanya. Wallahu 'alam.

c. Dalam sejarah modern pula, mengapa ramai ahli gerakan Islam yang berhijrah ke negara barat bagi mendapatkan keadilan dan suaka politik padahal.mereka sebelum itu tinggal di negara Islam dan berpemimpinkan orang Islam yang bercakap bahasa Al Quran ?

3.TGHH juga kata "Jangan selama lamanya beri undi ke Umno, berilah juga kepada Pas menjadi kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana?

Maaf TGHH, saya pohon bertanya

a. Benarakah rakyat tidak pernah beri peluang Pas memerintah ?'Bagaimana di Trengganu, Kelantan dan Kedah..bukankah sudah di beri peluang memerintah Kerajaan Negeri?  Di Trengganu dan Kedah , Pas dah diberi peluang memerintah satu term sahaja ,,kalau pemerintahan Pas "'superb"'sudah tentu rakyat tak akan tolak hanya satu term sahaja? Mungkin di Kelantan Pas dah perintah agak lama, mungkin ada banyak yang Kelantan dah buat , yang baik, namun adakah Pas berani kata Kerajaan Kelantan adalah model terbaik Kerajaan Islam? Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh dibanggakan dari banyak sudut, tapi bagaimanakah Kerajaan Kelantan secara keseluruhan.

b. Mungkin TGHH merujuk kepada Kerajaan Pusat iaitu beri peluang Pas perintah Kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana ? Kalau itu hujahnya rakyat akan cakap, beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat ?

Wallahu a'lam..saya hanya bertanya..

Alfaqir illallah ,

Mohamed Hanipa Maidin
Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara





PROGRAM "BACK TO SCHOOL" DARI AMANAH KOTA MELAKA

Amanah Kota Melaka telah memganjurkan Program Back To School dengan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Miskin Dan Anak Yatim.

TAHNIAH AMANAH KOTA MELAKA.....






Sabtu, 26 Disember 2015

AKSI SMASH DI LUAR PARLIMEN OLEH YB AHLI PARLIMEN SEPANG

Sebelum ini kita disajikan aksi YB Ahli Parlimen Sepang berbalas "smash" di Dewan Rakyat. Hari ini YB Ahli Parlimen Sepang telah merasmikan pertandingan badminton terbuka yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sg Pelek anjuran Ahli Majlis MPS , Sdr Henry. Adun Sg Pelek dan Ahli Majlis MPS, Sdr Wong juga turut bersama sama. Sebanyak 14 peserta ( beregu sahaja ) menyertai pertandingan tersebut. YB Ahli Parlimen Sepang sempat mempamerkan aksi yang ramai tidak tahu.

Tahniah YB Hanipa....Hati Hati YB BN Di Parlimen, jangan bagi shuttle tanggung yang mudah YB Ahli Parlimen Sepang Smash...





AHLI PARLIMEN SEPANG MERAIKAN ROGRAM "BACK TO SCHOOL"

Ahli Parlimen Sepang merasmikan program "back to school" iaitu program gunting rambut perdana secara percuma lebih kurang 100 kanak kanak dan pertandingan mewarna di balai raya Kg Salak pada 26.12.2015 jam 10'am. Turut bersama Adun Sg Pelek, Yb Lai Nyuk Lan, Penghulu Mukim Labu, Tuan Roihisyam , Ketua Kg Labu Lanjut, Sdr Damarulan, Ketua Kg Kg Salak, Hj Yusuf, Ketua Kg Baru Pekan Salak, Sdr Tan , Ahli Majlis MPS, Sdr Wong dan ramai lagi. Kanak Kanak juga diberi beg sekolah dan goodies percuma. Tahniah kepada Penghulu dan seluruh team beliau. Terima kasih juga kepada 6 orang barbers yang menggunting rambut kanak kanak tersebut.







Jumaat, 25 Disember 2015

MAKIN KUAT SPIN PIMPINAN PAS......

Makin kuat tautan kasih sekarang ni, makin banyak mulut mulut yang nak dibuka. Kesian akar akar umbi yang terus pening & pusing. Macam macam kenyataan keluar dari mulut pimpinan PAS:-
- Idris kata, mana-mana ahli Pas yang nak bergabung dengan Umno, sila keluar Pas.

*Idris ni Cabar Hadi ke?*

- Zuhdi kata, tak perlu kenang dosa lama Umno sebab dosa tak diwarisi.

*nak kenang macamana kau pun belum ada dosa dosa lampau yang dilakukan Umno. Masalah sekarang kewujudan kau tu BANYAK dosa dosa kau bawa dalam PAS , ketiadaan manusia Zuhdi ni dulu PAS ok semua, berjalan lancar.

- Taqiyuddin kata, Pas sudah maafkan semua kesalahan lampau Umno.

*Manusia tidak mengenang budi. PAS dibawah pemerintahan Almarhum TGNA sebagai MB Kelantan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan ditunjangi oleh Umno.

- Mohd Amar kata, nak bekerjasama saja bukan nak bergabung.

*Ni spesis Tin Kosong. Sekadar Jaguh Kampung ajer. Bertahun aku sekolah di SMU Tarbiah Mardziah tahu perangai dia ni. Ayat dia tu pun ibarat "Berkahwin tapi Tak Bersetubuh".

- Tuan Ibrahim kata, Pas kalau menang 20 kerusi, Pas jadi parti yang mahal.

*Nak dapat 10 kerusi pun terkial kial".

- Nik Abduh kata, kena sokong Umno kerana ada kebaikan yang dia buat.

*kebaikan Umno memenjarakan adik dia dibawah Akta ISA. Kebaikan Umno bagi royaliti minyak kepada rakyat Kelantan ketika Ayahanda dia jadi MB Kelantan. Kebaikan Umno letak Ibrahim Ali sebagai Calon Bebas lawan dia di Parlimen Pasir Mas dan Umno tidak meletakkan calon.

- Mahfuz kata, dia tak tahu rancangan kerjasama dengan Umno.

*Semua tak tahu sampaikan jadi Whip di Parlimen mewakili PAS pun ahli sendiri sebagai Ahli Parlimen tak bagi maklumat tepat.

- Zahid kata, orang Pas akan setuju jika MSU putuskan untuk kerjasama dengan Umno.

* MSU pun buat syarat ajer wujud kesudahannya Presiden yang berkuasa.

- Iskandar Samad kata pemimpin PAS tak ada hak, yg boleh memaaf adalah anggota keluarga korban.

* Duit tabung pun entah ke mana, lesap. Nak dekat Pilihanraya macam macam janji manis kepada keluarga mangsa. Bekas Ahli Parlimen PAS yang juga bekas Imam Masjid Negara tu sama ofis dengan ambo. Ambo tahu perangai dio...hehehe





JAWATAN KABINET DALAM TANGAN ANDAI SEGALA DOSA LALU DIMAAFKAN...

Semakin melaut perjuangan pimpinan PAS sekarang. Segala kezaliman dan penindasan yang dialami oleh pejuang pejuang PAS terdahulu tidak langsung diambil peduli.PAS sudah menuju sebuah politik perkauman. Sebelum ini pimpinan mereka cukup marah apabila pihak tertentu memainkan isu perkauman, kini pimpinan mereka sudah mula memeluk erat sebuab NGO yang rasis serta bersifat perkauman.

PASTIKAN PILIHANRAYA UMUM KE 14 TOLAK CALON BN & PAS.....
BIAR BERTANDING 3 PENJURU PUN KERANA PAS TAK LAYAK JADI PEMBANGKANG DI MALAYSIA
PAS NAK JADI PEMBANGKANG TAPI BERKIBLATKAN UMNO.





PIMPINAN AMANAH & AWAN PARLIMEN MERSING TURUN PADANG

Pimpinan Amanah & AWAN Parlimen Mersing telah turun padang dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat. Amanah Mersing turut mengedarkan risalan kepada masyarakat sekitar Mersing.

Tahniah buat Pimpinan Amanah & AWAN Parlimen Mersing.

Isnin, 21 Disember 2015

PIALA MALAYSIA SAMPAI KE DAERAH SEPANG

Kejayaan skuad Red Giants menjulang Piala Malaysia kali 33 terus diraikan. Semalam Piala Malaysia telah sampai ke daerah Sepang. Majlis yang berlangsung di stadium mini daerah sepang dihadiri ramai peminat yang ingin melihat lebih dekat Piala Malaysia dan beramah mesra bersama pemain yang telah menjaya Misi 33. Perarakan bermula dari Hentian Bas Bandar Baru Salak Tinggi hingga ke Stadium mini Sepang diiringi konvoi motosikal.









Sabtu, 19 Disember 2015

SETELAH LAMA DITALAK TIGA...BOLEH LA KEMBALI....USAH LAH RAGU RAGU SAYANG.....

Tajuk tu merupakan lirik lagu ni tak keluar di carta IKIM FM, mahupun Hijau.FM

Tapi lirik lagu ni tengah top dan sering berkumandang di Era FM, Sinar FM, Hot FM.....seolah olah meraikan pertemuan kasih sayang dan keikhlasan antara dua parti yang dulu pernah berumahtangga sebelum bercerai TALAK 3.....pabila kasih menjelma semula maka Mangsa Cerai Talak 3 ingin kembali bersama, dengan syarat Mangsa Cerai Talak 3 kena lah bersama dengan yang lain dulu....apabila dah bersama dengan yang lain dulu maka Mangsa Cerai Talak 3 dahulu minta la Cerai kembali bagi bersama semula Suami yang pernah dicintai dahulu....kini niat tu semakin hampir....

Usah la ragu ragu sayang
Aku tetap di sisi

Huhuhuhu...


 


SAMBUTAN ORANG RAMAI SEMPENA PELANCARAN PAKATAN HARAPAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Dalam kehangatan isu sedondon ibarat pasangan sejoli yang bertemu kerana berjauhan, ada yang berkias ibarat pinang dicincang cincang, pabila bertemu bibir sentiasa mengungkapkan Perpaduan meLAYU....pedulikan mereka

Di Perak Pakatan Harapan telah dilancarkan dengan jayanya. Kehadiran antara tetamu Tuan Haji Mohd Sabu, Lim Kit Siang, Dr. Manuty, Dato Seri Nizar pasti membakar semangat juang mereka yang ingin menumbangkan Kerajaan Zalim BN dan mengapankan Umno serta menghumbankan mana mana parti yang memberi nafas kepada Umno/BN.

Tahniah & Syabas pimpinan Amanah, DAP & PKR di atas Pelancaran PAKATAN HARAPAN.





Jumaat, 18 Disember 2015

SEIRING SEJALAN..SEDONDON SEWARNA...WOOWWW

Seiring sejalan
Sedondon bewarna pink
Menyerlahkan dua orang insan
Yang boleh digelarkan dengan pelbagai gelaran...apa pun mereka akan berlakon di atas pentas bagi menunjukkan mereka lah penyelamat Ummah & umat meLAYU....

Majlis Alumni Al Azhar yang banyak berlangsung dengan beberapa siri sebelum ini, Siri 2015 ini yang menarik perhatian dan paling hebat dengan kehadiran tetamu yang dikatakan hebat. Apatah lagi penganjurnya sebuah agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri. Pengerusi penganjur uas melaungkan program ini sebagai ERINTIS PENYATUAN UMNO+PAS...katanya.....

Yang sorang merayu dengan penuh manja dengan nada demi perpaduan

Yang sorang akan bernada demi umat islam yang walhal dia sendiri tak dipratikkan..maklum la Ulama Dunia kan...

Walaupun menafikan ratipan UG yang dah dirisik dari 2008, semalam seakan akan satu pemasyhuran dan peminangan bersama. Dengan peminangan bersama ini akan sama merasai dari segi kesedihan, kegembiraan apatah lagi akan menyaksikan saling mempertahankan hak apa yang langkah kekasih lakukan asalkan tidak berlaku kecurangan....inilah lakonan semata mata....

Ibarat dosa dosa lama yang dilakukan dahulu telah diampunkan sampai terlupa dosa dosa silam yang dilakukan dengan mudah dimaafkan....dari dosa satu Amanat sehingga gelaran Parti Ajaran Sesat antara satu sama lain akan terhapus dosa dosa silam....

Yang sorang merayu untuk tidur bersama, yang sorang lagi berdolak dalih untuk tidak mahu tidur bersama dengan nada manja ibarat 'abe ringang ringang ajer dahulu"...sedangkan dalam hati malu malu tapi mahu, kalau jadi boleh dapat jawatan baru..

Usah hipokrit, usah sembang pasal akhlak Rasulullah yang semua ketahui sedangkan diri kamu, akhlak kamu tidak mencerminkan yang sebenar....cukup la lakonan kamu...isytihar sahaja lagi senang rakyat menilai...usah berpura pura dalam perahu, kalau nak bercumbu, teruskan sahaja usah rasa malu malu.










Rabu, 16 Disember 2015

MALU MALU TAPI MAHU...SEIRING DAN SEJALAN


Malu malu, tapi mahu
Rindu dah selalu, tunggu mohon restu

Ibarat lirik Lagu Seiring Sejalan:-

(Ad) 
Seiring & sejalan

(Aj) 
Seindah bunga ditaman

(Ad)
Bak sotong nan megah ajiboy ku puja

(Aj)
Bahagia kita berdua

(Ad)
Berlari berkejaran

(Aj)
Lupakan segala duka

(Ad)
Di kota di desa

(Aj)
Di gunung & laut

(Ad + Aj) 
Berlagu kita berdua

(Ad)
Ajibbbb

(Aj) 
Adiiiiiiii

(Ad + Aj) 
Burung pun turut menyanyi

(Aj) 
Tawaaaa

(Ad)
 Riangggg

 ( Aj + Ad)
Dan cinta mula bersemi

sambung la sendiri lirik siapa yang ingat huhuhu










MAJLIS MAKAN MALAM AMANAH KOTA RAJA DAPAT SAMBUTAN

Dalam kerancakkan dan kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 Selangor bertemu Kedah tidak menghalang pihak pimpinan Amanah Kota Raja menganjurkan Majlis Makan Malam. Sambutan menggalakkan dengan kehadiran pimpinan Amanah Pusat tidak menghalang orang ramai untuk menghadirinya apatah lagi dengan berakhirnya satu Perhimpunan Merah di PWTC. Sudah pasti terlalu banyak yang akan dirumuskan oleh Pimpinan utama Amanah.
Malam itu tetap menarik perhatian tetamu apabila pihak pengacara majlis mengumumkan keputusan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2015.

TAHNIAH PIMPINAN AMANAH KOTA RAJA diatas penganjuran program ini