Jumaat, 25 Disember 2015

MAKIN KUAT SPIN PIMPINAN PAS......

Makin kuat tautan kasih sekarang ni, makin banyak mulut mulut yang nak dibuka. Kesian akar akar umbi yang terus pening & pusing. Macam macam kenyataan keluar dari mulut pimpinan PAS:-
- Idris kata, mana-mana ahli Pas yang nak bergabung dengan Umno, sila keluar Pas.

*Idris ni Cabar Hadi ke?*

- Zuhdi kata, tak perlu kenang dosa lama Umno sebab dosa tak diwarisi.

*nak kenang macamana kau pun belum ada dosa dosa lampau yang dilakukan Umno. Masalah sekarang kewujudan kau tu BANYAK dosa dosa kau bawa dalam PAS , ketiadaan manusia Zuhdi ni dulu PAS ok semua, berjalan lancar.

- Taqiyuddin kata, Pas sudah maafkan semua kesalahan lampau Umno.

*Manusia tidak mengenang budi. PAS dibawah pemerintahan Almarhum TGNA sebagai MB Kelantan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan ditunjangi oleh Umno.

- Mohd Amar kata, nak bekerjasama saja bukan nak bergabung.

*Ni spesis Tin Kosong. Sekadar Jaguh Kampung ajer. Bertahun aku sekolah di SMU Tarbiah Mardziah tahu perangai dia ni. Ayat dia tu pun ibarat "Berkahwin tapi Tak Bersetubuh".

- Tuan Ibrahim kata, Pas kalau menang 20 kerusi, Pas jadi parti yang mahal.

*Nak dapat 10 kerusi pun terkial kial".

- Nik Abduh kata, kena sokong Umno kerana ada kebaikan yang dia buat.

*kebaikan Umno memenjarakan adik dia dibawah Akta ISA. Kebaikan Umno bagi royaliti minyak kepada rakyat Kelantan ketika Ayahanda dia jadi MB Kelantan. Kebaikan Umno letak Ibrahim Ali sebagai Calon Bebas lawan dia di Parlimen Pasir Mas dan Umno tidak meletakkan calon.

- Mahfuz kata, dia tak tahu rancangan kerjasama dengan Umno.

*Semua tak tahu sampaikan jadi Whip di Parlimen mewakili PAS pun ahli sendiri sebagai Ahli Parlimen tak bagi maklumat tepat.

- Zahid kata, orang Pas akan setuju jika MSU putuskan untuk kerjasama dengan Umno.

* MSU pun buat syarat ajer wujud kesudahannya Presiden yang berkuasa.

- Iskandar Samad kata pemimpin PAS tak ada hak, yg boleh memaaf adalah anggota keluarga korban.

* Duit tabung pun entah ke mana, lesap. Nak dekat Pilihanraya macam macam janji manis kepada keluarga mangsa. Bekas Ahli Parlimen PAS yang juga bekas Imam Masjid Negara tu sama ofis dengan ambo. Ambo tahu perangai dio...hehehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan