Isnin, 11 Januari 2016

LAWATAN YB AHLI PARLIMEN SEPANG DI KAWASANNTG SEPAT

Tarikh: 10 Jan 2015 (Ahad)
Masa: 1.30 ptg
Tempat: Tg Sepat

Lawatan ke Jalan Tidak Berturap Tg Sepat

Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin menerima aduan beberapa orang penduduk berkenaan keadaan jalan yang teruk dan tidak berturap di beberapa tempat di Tg Sepat. YB Hanipa yg bertandang ke Tg Sepat hari ini sempat melawat ke tempat terbabit.







MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Cikgu Izham & Dr Zaleha di telah mengadakan.satuMajlis penyampaian sumbangan di Pusat Penjaja Tmn Putra Perdana Sepang. Dalam 30 orang fakir miskin menerima sumbangan dari keluarga Cikgu Izham. Semoga Allah berkati keluarga ini serta menjadi satu amalan Jariah yang berkekalan hingga ke akhir hayat.








MISI PEDULI_SEPANG "PROGRAM BANTUAN KEPERLUAN ASAS"

Tarikh: 10 Januari 2015 (Ahad)
Masa: 11 pagi
Tempat: sekitar Kg Endah, Tg Sepat

Penat bergotong-royong tidak mematahkan semangat YB Mohamed Hanipa Maidin dan team Amanah Sepang menghantar bantuan keperluan asas dari rumah ke rumah penduduk Kg Endah. Seramai 11 keluarga miskin dan warga emas dipilih menerima bantuan keperluan asas berupa beras, tepung, gula, susu dan lain lain. Diharapkan dengan bantuan seumpama ini dapat meringankan beban sara hidup keluarga penerima. Kehadiran YB Hanipa dan team Amanah Sepang disambut penuh kesyukuran dan berterima kasih oleh penduduk di sana. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa kampung dan rukun tetangga yg terlibat menjayakan program bantuan ini. Sekalung tahniah juga kpd Ahli Parlimen Sepang dan team Amanah Sepang kerana peka dan peduli dgn sara hidup rakyat.












GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG ENDAH

Tarikh: 10 Jan 2015 (Ahad)
Masa: 9 pagi
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg Endah, Tg Sepat

Majlis telah dikunjungi Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin bersama saf kepimpinan Amanah Sepang dalam program gotong-royong membersihkan Dewan Orang Ramai Kg Endah. Aktiviti gotong-royong seumpama ini sangat bermanfaat untuk memupuk amalan menjaga kebersihan disamping merapatkan hubungan silaturrahim antara pemimpin bersama masyarakat. Program berakhir sekitar jam 12 tengahari dengan jamuan ala kadar. Kg Endah Bersih, Tanjung Sepat Indah.....