Rabu, 16 Disember 2015

MALU MALU TAPI MAHU...SEIRING DAN SEJALAN


Malu malu, tapi mahu
Rindu dah selalu, tunggu mohon restu

Ibarat lirik Lagu Seiring Sejalan:-

(Ad) 
Seiring & sejalan

(Aj) 
Seindah bunga ditaman

(Ad)
Bak sotong nan megah ajiboy ku puja

(Aj)
Bahagia kita berdua

(Ad)
Berlari berkejaran

(Aj)
Lupakan segala duka

(Ad)
Di kota di desa

(Aj)
Di gunung & laut

(Ad + Aj) 
Berlagu kita berdua

(Ad)
Ajibbbb

(Aj) 
Adiiiiiiii

(Ad + Aj) 
Burung pun turut menyanyi

(Aj) 
Tawaaaa

(Ad)
 Riangggg

 ( Aj + Ad)
Dan cinta mula bersemi

sambung la sendiri lirik siapa yang ingat huhuhu










MAJLIS MAKAN MALAM AMANAH KOTA RAJA DAPAT SAMBUTAN

Dalam kerancakkan dan kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 Selangor bertemu Kedah tidak menghalang pihak pimpinan Amanah Kota Raja menganjurkan Majlis Makan Malam. Sambutan menggalakkan dengan kehadiran pimpinan Amanah Pusat tidak menghalang orang ramai untuk menghadirinya apatah lagi dengan berakhirnya satu Perhimpunan Merah di PWTC. Sudah pasti terlalu banyak yang akan dirumuskan oleh Pimpinan utama Amanah.
Malam itu tetap menarik perhatian tetamu apabila pihak pengacara majlis mengumumkan keputusan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2015.

TAHNIAH PIMPINAN AMANAH KOTA RAJA diatas penganjuran program ini









YB HANIPA MEMBERI SEMANGAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR GENTING SANGYEN SEPANG

Tarikh: 15 Disember 2015
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Pusat Pemindahan Banjir Genting Sanyen

Sebanyak 17 keluarga orang asal yg ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Genting Sanyen telah dilawati oleh Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan AJK Amanah Parlimen Sepang. Sehingga petang tadi seramai 49 orang mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut. Dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Sepang dapat memberi semangat kepada mangsa banjir bagi menghadapi ujian dari Allah SWT.





AHLI PARLIMEN SEPANG TURUN MISI BANTUAN BANJIR KG GICHING


Tarikh: 15 Disember 2015 (Selasa)
Tempat: Kg Giching, Sepang

Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin menyalurkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kg yg terlibat dlm banjir baru-baru ini. Bantuan ini merupakan suatu usaha utk meringankan beban mangsa2 banjir yg sedang dlm kesukaran. Terima kasih diucapkan kepada Pak Ujang selaku Ketua Kampung dan JKK Kg Giching yg bekerjasama menyalurkan maklumat terperinci kpd Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Sepang. Turut sama membantu dlm misi ini adalah AJK Amanah Sepang dan staff Pusat Khidmat Masyarakat.