Jumaat, 28 September 2012

BAJET13 : KU BERDOA SEMOGA YA ALLAH INILAH BAJET YANG TERAKHIR DIBENTANG OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI BARISAN NASIONAL YANG TERKAKHIR

Selesai sudah Pembentangan Bajet13 yang kununnya hadiah buat rakyat. Tidak ada apa yang menarik pembentangan Bajet13 ini melainkan copy & paste Bajet12. Bemula dengan pakaian PM yangg berwarna HIJAU seolah-olah akan ada perubahan di kerusi yang beliau berdiri itu, adakah Bajet14 yang akan datang Perdana Menteri dari wakil Rakyat PAS yang akan membentangkannya. Seperti biasa pembentangan bajet ini diselitkan sedikit ayat-ayat Al-Quran yang kununnya pimpinan KERAjaan yang ada sekarang tidak pernah membelakangkan ISLAM.....cukup cantik ayat Al-Quran yang dibaca yang bermaksud "berlumba-lumba la kamu mengejar Kebaikan". Buat Perdana Menteri Malaysia Najib Anak Lelaki Abdul Razak, ayat itu seharusnya dibaca berulang-ulang kali kepada ahli keluarga mu yang terhampir.Ingatkan lah Aurat kena jaga, minuman ala-ala warna teh o perlu dijauhi, ngan terlalu membazir dengan gelang hingga ke facial.

Antara kandungan Bajet 13 yang aku dengar:-

Yang jelas Bajet13 ini betul-betul bajet Pilihanraya Umum...bajet gula-gula, bajet pancing undi. Keistimewaan pasukan uniform sekali lagi dijaga, maklum la undi Pos andai tumbang KERAjaan BN maka puak2 ini lah yang akan digunakan.

Bajet untuk Belia kerana berjayanya Himpunan Sejuta Belia Di Putrajaya dan Himpunan 1M4U yang diadakan di KLCC. Jelas Perdana Menteri masih sokong dan setuju serta mengalakkan progran yang jelas dan terang berbentuk MAKSIAT.

Perdana Menteri mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pelajar IPTA yang menyokong Pro Aspirasi....bukankan KERAjaan yang beriya-iya pelajar IPT dilarang berpolitik tetapi di dalam Dewan Rakyat Yang Mulia secara LIVE memuji pelajar Pro Aspirasi....Pemimpin apa ni??? Pemimpin Cakap Tak Serupa Bikin.....

Perdana Menteri membentangkan Bajet isu PTPTN...Beliau cuba untuk menjadi jaguh, sedar atau tidak sekiranya Pakatan Rakyat melalui sdra Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR yang membangkitkan isu PTPTN KERAjaan dibawah pentadbiran Najib a/l Razak tidak memperdulikan pun. Najib sanggup memperBODOHkan diri beliau keran membangkitkan persoalan " sekiranya dihapuskan PTPTN, siapa yang akan menanggung 30 Billion hutang yang tertunggak itu, bukankah ini akan membebankan Rakyat"...soalan aku yang pasti wahai Najib "dimanakah keuntungan PETRONAS??? dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah keuntungan penganjuran F1??dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah  keuntungan Tabung Haji?? dimanakah keuntungan LHDN?? dimanakah keuntungan rizab-rizab lain yang terdapat didalam bumi Malaysia ini......sebab itu rakyat inginkan DEBAT secara Gentleman dari kamu Najib bukan secara Pondan dan Bapok di Pembentangan Bajet13!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perdana Menteri terus menjanjikan umpanan BR1M kepada rakyat...sejak 55 tahun Merdeka inilah kali kedua BR!M di beri. Ini pun asalnya idea dari Pakatan Rakyat yang menjanjikan imbuhan RM500 kepada rakyat. Sekali lagi Perdana Menteri menyindir Pakatan Rakyat yang hanya menabur janji tetapi hanya tinggal janji. Biar lah Rakyat yang menilai apa keistimewaan yang diperolehi rakyat Selangor....hasilnya pemberian air percuma itu membuka mata Rakyat Selangor bahawa ada hasil mahsul di Selangor yang boleh membantu rakyat.

Perdana Menteri terus mencari peluang menghentam dan menyindir Dato' Seri Anwar Ibrahim....buka lah mata wahai Najib a/l Razak, Anwar Ibrahim boleh melakukan lebih baik dari apa yang KERAjaan kau lakukan sekarang ini sekiranya tiada kekangan dan projek yang melebihi kroni dibawah pentadbiran diktator  Tun Mahathir.Buktikan Najib negara mana yang mendapat bantuan IMF musnah??dan sekarang tersebar luas gambar siapa yang menghulurkan tangan dengan George Soros???Jangan hanya pandai berpolitik dan main wayang dihadapan Televisyen sahaja.

Banyak lagi sindiran Najib a/l Razak yang berwatakan pondan...tetapi malas nak dengar kerana beliau mungkin sudah tahu ini adalah Pembentangan Bajet yang terakhir buat beliau dan pentadbiran terakhir KERAjaan BN di bumi Malaysia....Aminnnnnnnnn







Sabtu, 15 September 2012

MAKIN LAMA MAKIN KEPANASAN MUSA AMAN.....

Main kepanasan Musa Aman...walaupun Ketua Penerangan UMNO Dato' Ahmad  Maslan menyatakan bahawa politik di Sabah tidak bergelora hanya sekadar gimik Pembangkang...tapi kini ia semakin nyata. Makin lama makin si Musa Aman merasakan bahawa beliau akan pupus dan karam dengan UMNO/BN....UMNO/BN ibarat BANGKAI yang semakin hari semakin busuk baunya...hanya menunggu untuk ditimbus oleh Rakyat...walaubagaimanapun bagi Najib apa yang berlaku setakat Tan Sri Ibrahim Menudin beliau tidak gentar, tetapi sekiranya dalam masa beberapa jam perisytiharan Penubuhan Malaysia akan ada wakil Rakyat UMNO/BN Sabah yang BERUBAH, sudah pasti Najib akan menggelabah dan sudah pasti akan ada Lawatan Kerja Sehari ke Sabah atau membuat JANJI DITEPATI buat rakyat Sabah...Kita Tunggu dan jangan kita lupa buat Pimpinan Pakatan Rakyat!!! jangan duk sibuk Sabah & Sarawak akhirnya Semenanjung yang Terlepas.....
Kedahkini: Siapa Dia Tan Sri Ibrahim Menudin...?: LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti...

INI SAHAJA YANG PEMIMPIN MELAYU UMNO MAMPU DIDIK SUPAYA ANAK MELAYU TIDAK BERFIKIR POLITIK MASA DEPAN MALAYSIA

RETI buat laungan TAKBIR ALLAHUAKHBAR....tapi baling cat semasa umat Islam SOLAT JUMAAT Manjung Mari: Nak tengok muka-muka kumpulan UMNO yang menghalang...: Dimanakah tanggungan anggota polis yang mengawal keselamatan dalam negeri,,, lebih malang lagi bila menteri yang mengawal selia polis sendir...

MUNGKIN ADA ARAHAN PIHAK ATASAN VIDEO ASAL TELAH DIREMOVE......


Mungkin kerana ada wajah Pak Menteri maka video asal telah diremove dari Youtube dengan lagu bertajuk "Belia Gangnam Style - Nasib Baek Opah Wa Tak Tau"....masa buat tak ingat ambik kau.....MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

SPR DAN UMNO/BN SELANGOR BERKONGSI KERESAHAN......

.: Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru:  MELENTANG HARI                                                                                                                Kerajaan n...

INIKAH DEMOKRASI....INIKAH MAKSUD ERTI KEMERDEKAAN,,,SELAGI UMNO/BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH UNDANG-UNDANG PENJAJAH DIKEKALKAN

.: Musa Sudah Bertindak, Halau Azmin Dari Masuk Sabah...: TERKINI MALAM Kerajaan UBN Sabah tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka dengan perkembangan politik yang berlaku di negeri berkena...

KALI INI SYAITAN MELAKUKAN KERJA MENGIKUT ARAHA IBLIS PUSAT KETIKA UMAT ISLAM SOLAT JUMAAT

.: Bas Merdeka Rakyat Dikacau Lagi...: JERKAH JUMAAT Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Jo...

Ahad, 9 September 2012

BUDAYA SAMSENG UMNO SUDAH KE TAHAP BUAS....KALI INI BERLAKU DI NEGERI KELAHIRANKU...AYUH LA CUBA LA BERPOLITIK MATANG SIKIT...

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA adalah pemimpin yang hebat dan boleh mengankat punggong melangkah ke mana sahaja ingin dia pergi....melawat....lawatan kerja sehari dua tiada masalah.....Perdana Menteri boleh membawa punggongnya dengan melangkah sahaja.Tetapi apabila membawa punggong dan melangkah sampai ke negeri-negeri yang bukan dibawah jajahan takluknya tidak pernah berlaku masyarakat negeri yg bukan jajahan takluknya mengamuk, menghalang, mencerca seperti seorang yang hilang akal dan bersawan babi. Beliau ke Pulau Pinang yg ditadbir sebuah parti politik ala Komunis katanya (DAP) tidak ada seorang pun penyokong DAP menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, serupa juga apabila ke Kelnatna dan Kedah tidak ada seorang pun penyokong PAS menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, apabila ke bumi Selangor tidak ada seorangpun penyokong PKR menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, tetapi apabila pergi ke negeri dibawah jajahan taklukan Perdana Menteri seluruh penyokongnya diserang histeri ala sawan babi....ayuh la dah 55 tahun merdeka diaman negara Demokrasi....cubalah amalkan politik bertamadun dan matang. .: Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas: ULASAN KEJADIAN Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran...

DULU...KINI...SELAMAMYA
AKU BENCI UMNO/BN
HAIKKKKKKKKKKTUIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Jumaat, 7 September 2012

ASSALAMUALAIKUM........KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...

Heboh diperkatakan sekarang ini....didada-dada akhbar semua tajuk berkaitan apa yang berlaku di ambang Merdeka. Janji Demokrasi anjuran sebuah NGO yang berlangsung terpalit dengan pencemaran isu-isu remaja yang membawa bendera Sang Saka Bangsa sehinggalah segelintir remaja yang memuaskan nafsu amarahnyer dengan menunjuk punggong ke sebuah potret pemimpin dan dipijak-pijak dengan kaki oleh remaja yang bergelar rakyat marhaen.

Sang Saka Bangsa adalah lambang perjuangan kemerdekaan terdahulu...tidak salah dibawa sebagai pemangkin semangat dan mendalami semangat pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu yang disembunyikan nama-nama mereka dalam sejarah Malaysia. Tetapi mana datangnya pulak ada yang menyatakan PAKATAN RAKYAT mahukan Sang Saka Bangsa mengantikan Jalur Gemilang. Itu kenyataan dari pihak-pihak yang menggelabah sedangkan seluruh rakyat yang hadir ke dataran sempena Janji demokrasi itu bercita-cita dan berniat mendalam untuk menggantikan KERAjaan Barisan Nasional kepada KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Isu memijak potret pemimpin cukup pantas PDRM membuat operasi mencari dan memburu. Sedangkan isu KELUCAHAN MELAMPAU telah lama berlaku bermula dari PEMIMPIN ITU SENDIRI. Rakyat tidak lupa bagaimana seorang pemimpin membuat aksi LUCAH sempena Pilihanraya Kecil di sebuah negeri yang segala-galanya besar.....cari lah dalam youtube bersepah.....seorang Ahli Parlimen membuat isyarat KELUCAHAN MELAMPAU di dalam Dewan Rakyat yang mulia,cari dalam youtube bersepas-sepah dan naik menyampah.....ini semua bermula dari pemimpin atau lebih senang lagi dari ORANG TUA sendiri. Pemimpin sendiri tidak beradab dan bersopan dalan pengucapan sehingga mengelurkan perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Pemimpin No 1 iaitu "HARAMJADAH". HARAM adalah satu perkataan yang cukup melampau sedangkan barisan parti yang beliau pimpin pun tidak dapat membezakan apa itu HARAM apa itu HALAL apa itu MAKSIAT apa itu HIBURAN MELALAIKAN. Malas nak ulas panjang-panjang cukup kita lihat apabila pemimpin Pakatan Rakyat dan Rakyat Marhaen di LUCAHKAN oleh Pemimpin KERAjaan yang ada takper.......
Pandang-Pandang Jangan Hanya Sekadar Menjeling......




Selasa, 4 September 2012

DAH MACAM ARAB JAHILIYAH DAH.....

Inilah Budaya UMNo apabila memperkenalkan PERMIT berceramah MESTI Ada Tauliah. MANUSIA yang BERIMAN & BERTAQWA pasti dapat menilai ceramah seseorang PENCERAMAH itu SESAT atau SEBALIKNYA....ini datang MASJID pun TIDAK TIBA-TIBA BERLAGAK SAMSENG.: Filem Klasik Melayu - Arab Di Tayang Di Kedah Pula...: CATATAN TENGAH MALAM Saya baru lepas menyaksikan klik video mengenai serangan dan gangguan sekumpulan manusia terhadap Anwar Ibrahim yan...

Isnin, 3 September 2012

ASSALAMUALAIKUM...BUBAR KAN LAH PARLIMEN...

sekarang ni semua rakyat Malaysia ingin tahu bilakah Parlimen diBUBARkan. Dari awal bulan Jun sehingga la ke hari ini masih lagi menjadi teka teki tarikh PRU13. Adakah Pok Najib nak tuggu jawapan dari Rosmah Mansor permaisuri idaman hati.
Kalau tengok gaya Pok Najib berucap dari perutusan Merdeka, Di Ambang Merdeka, Hari Merdeka, Rumah Terbuka UMNO Selangor hingga ke Kinabatangan Sabah Pok Najib dah hebat serta bersedia berpecak di gelanggang PRU13 (tengok pada gayanya)....semua ucapannya penuh dengan berkeyakinan bahawa Rakyat telak menolak Pakatan Rakyat....jadi apa ditunggu lagi POK Najib ayuh BUBARkan PARLIMEN.....kami hanya memohon kepada Allah SWT semoga Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan Selamatkan Malaysia walaupun kami tahu Pok Najib akan guna segala apa yang ada untuk menang terutama di Negeri Selangor........

APA NAK JADI....IBU BAPA PERLU BUKA MATA JANGAN BERBANGGA SANGAT ANAK TERLIBAT PERSEMBAHAN MERDEKA!!!!!

Jasindaily Online: Satu Stadium Tak Solat Jumaat ?Kerajaan Mesti Bert...: Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan Assalammualaikum TVAlhijrah. Ada ibu kpd seorang pelajar menelefon secara langsung me...