Rabu, 27 Mei 2015

14 Hari Pemergian Murabbi

Esok genap 2 minggu bersamaan 17 hari pemergian Murabbi Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, para anbiya, para siddiqin dan para syuhada'. Esok 14 hari pengalaman menghormati pemergian Murabbi Almarhum Tok Guru.


MUKTAMAR PAS YANG PASTI HANGAT DAN PANAS.......





8 hari lagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengadakan muktamar tahunan. Muktamar yang diadakan kali ke 61 menyaksikan satu muktamar yang cukup hebat pada kali ini.
Bagi menunjukkan Demokrasi di PAS, pertandingan jawatan tertinggi pada kali ini cukup menarik minat seteru-seteru politik di Malaysia.
Kuala Selangor menjadi tempat perhimpunan seluruh perwakilan dari Malaysia yang pasti akan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti dan seterusnya membawa PAS ke medan politik yang lebih cemerlang gemilang berteraskan Al Quran & As Sunnah sebagai panduan dan perlembagaan.
Maklumat yang saya terima, sempena muktamar ini rezeki homestay dari klang, jeram, sekinchan,tg karang, sg besar hingga ke sabak bernam homestay ibarat pisang panas, telah penuh di booking.

Kuala Selangor pasti meriah,
Rezeki masyarakat setempat pun mencurah curah ins sha Allah.