Sabtu, 19 Disember 2015

SETELAH LAMA DITALAK TIGA...BOLEH LA KEMBALI....USAH LAH RAGU RAGU SAYANG.....

Tajuk tu merupakan lirik lagu ni tak keluar di carta IKIM FM, mahupun Hijau.FM

Tapi lirik lagu ni tengah top dan sering berkumandang di Era FM, Sinar FM, Hot FM.....seolah olah meraikan pertemuan kasih sayang dan keikhlasan antara dua parti yang dulu pernah berumahtangga sebelum bercerai TALAK 3.....pabila kasih menjelma semula maka Mangsa Cerai Talak 3 ingin kembali bersama, dengan syarat Mangsa Cerai Talak 3 kena lah bersama dengan yang lain dulu....apabila dah bersama dengan yang lain dulu maka Mangsa Cerai Talak 3 dahulu minta la Cerai kembali bagi bersama semula Suami yang pernah dicintai dahulu....kini niat tu semakin hampir....

Usah la ragu ragu sayang
Aku tetap di sisi

Huhuhuhu...


 


SAMBUTAN ORANG RAMAI SEMPENA PELANCARAN PAKATAN HARAPAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Dalam kehangatan isu sedondon ibarat pasangan sejoli yang bertemu kerana berjauhan, ada yang berkias ibarat pinang dicincang cincang, pabila bertemu bibir sentiasa mengungkapkan Perpaduan meLAYU....pedulikan mereka

Di Perak Pakatan Harapan telah dilancarkan dengan jayanya. Kehadiran antara tetamu Tuan Haji Mohd Sabu, Lim Kit Siang, Dr. Manuty, Dato Seri Nizar pasti membakar semangat juang mereka yang ingin menumbangkan Kerajaan Zalim BN dan mengapankan Umno serta menghumbankan mana mana parti yang memberi nafas kepada Umno/BN.

Tahniah & Syabas pimpinan Amanah, DAP & PKR di atas Pelancaran PAKATAN HARAPAN.