Selasa, 27 Januari 2015


ROTAN KE TAK NAK ROTAN........

Menjadi isu hangat di dalam negara sekarang ini, Banyak pelbagai pihak memohon dikaji semula tentang pelaksanaan perkara ini. Akhirnya perkataan ROTAN cukup popular 2 hari ini....Pepata Melayu ada berbunyi : Berpatah Arang, Berkerat Rotan" menurut Kamus DBP yang bermaksud "Berpisah yang tidak akan berbaik lagi, Memutukan tali persahabatan/persaudaraan".........






HATI OH HATI

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh

Hati merupakan satu komponen yang cukup hampir dalam jasad seseorang manusia. Pepatah Melayu ada menyebut " jangan terlalu ikutkan hati, nanti mati". Namun hati yang bagaimanakah yang perlu kita ikut. Di dalam hadith riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad SAW bersabda " Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah, segumpal daging itu yang aku maksudkan adalah HATI".

Hati ibarat raja, yang menentukan hala tuju sesuatu perbuatan dan kehidupan manusia. Jagalah hati jangan sampai rosak dan punah. Servis la Hati sepertimana kita melakukan servis enjin sesebuah kenderaan. Kalau sentiasa di servis kenderaan itu maka lancar segala pergerakan kenderaan itu dan molek la segala sparepart sparepart sesebuah kenderaan  di dalam enjin itu.

Hati yang dikategorikan dengan 3 jenis hati iaitu:-

- Hati Yang Sakit
- Hati Yang Mati
- Hati Yang Sihat.

Hati Yang Sakit, boleh lagi dirawat, jangan biarkan ia melarat sehinggakan hati itu mati

Hati Yang Mati, Hati yang tidak mampu berfungsi dan tidak langsung mendapat rahmat dari Allah SWT. segala kebaikan yang disampaikan langsung tidak ada perasaan.

Hati yang Sihat, adalah Hati yang cukup sempurna, segala perlakuan yang dilakukan ins sha Allah akan berlandaskan iman dan taqwa. Hati ini akan menghadap Allah dengan cukup sempurna sebagaimana Firman Allah SWT di dalam surah As Syu'ra ayat 89 yang bermaksud
"Kecuali (harta benda dan anak pinak), orang orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit  munafik)"

Mari lah sama-sama kita menjaga hati kita, andai hati kita bersih sudah pasti pandangannya menebusi hijab seperti lirik lagu Hijjaz:-

Pandangan Mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
pandangan Nafsu selalu melulu
Pandangan Hati itu yang Hakiki, kalau hati itu bersih

Ins Sha Allah sama2 kita rawat dan servis hati kita, bagaimana?
1.sentiasa mengingati Allah seperti mana firman Allah dari surah Ar Rad ayat 28 yang bermaksud
   " Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan     "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"

2. Membaca Al Quran

3. Berzikir

4. Menjaga makan

5. Menjaga hubungan kita dengan Allah dan manusia " hablum minallah wahabllum minan nas"

Sekian, untuk kita sama-sama berkongsi