Esok dijangkakan akan bermula perbahasan belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa selepas peringkat dasar baru-baru ini. Jika mengikut pengumuman YB tuan speaker berdasarkan peraturan mesyuarat, agensi yang akan mula-mula membentang dan akan dibahas sebelum lulus adalah Jabatan Perdana Menteri.Mengikut sesi perbahasan peringkat dasar yang lepas, Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim ada mempersoalkan peruntukan projek khas dibawah Jabatan Perdana Menteri. Apa projek khas yang dimaksudkan itu dengan sejumlah RM1 billion?Menurut YB Hassan Karim " beliau musykil di dalam buku anggaran belanjawan yang tebal di muka surat 107. Perbelanjaan dibawah Jabatan Perdana Menteri, ada projek khas. Projek khas itu apa? Beliau turut mencari nota kaki pun tiada.Malah beliau menegur mana boleh wang sebanyak RM1 billion yang lebih besar daripada sesetengah negeri di Semenanjung kita dan beliau meminta Menteri semak semula.Nantikan esok 30 November 2020.......
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Surah Hud ayat 113......
Ahad, 29 November 2020
Bahas belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa mula esok
Azmin terus diraikan dalam BERSATU
Keahlian Bersatu dibuka untuk bukan Melayu dan bukan Islam. Inilah satu perubahan yang menarik berlaku di dalam Bersatu. Dahulu parti ini khusus untuk Melayu. Berjuang untuk Melayu kerana Umno telah dianggap sebagai tidak relevan di awal penubuhan Bersatu ketika itu. Semua tahu ahli Bersatu majoritinya dari Umno, sebuah parti untuk keahliannya Melayu sahaja.
Kenapa keahlian Bersatu dibuka kepada bukan Islam dan bukan Melayu?
Di sini boleh dilihat bagaimana Azmin dan pengikutnya diraikan oleh pimpinan Bersatu. Disinilah kelicikan Azmin.
Ini kerana dikalangan pengikut Azmin terdiri daripada mereka yang sebelum ini dari parti yang berkonsepkan pelbagai kaum iaitu PKR. Keahlian parti mana mereka akan duduk seperti seperti Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.
Jadi bersedialah ahli-ahli Bersatu menyambut kehadiran mereka. Sekadar peringatan buat ahli Bersatu, 20 tahun mereka ini menjerit "Reformasi Reformasi Reformasi" yang akhirnya dikhianati, apalah sangat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM - Bersatu).
Jadi berhati-hatilah dengan mereka.
Sumber: https://mhdaily.net/keahlian-bersatu-dibuka-untuk-bukan-melayu-bukan-islam//
-
Alhamdulillah.... Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yan...
-
.: Sumbangsih Penjengok : Saya menerima catatan ringkas yang berkualiti dari bekas presiden Gamis Mohd Yusof Hadhari mengenai kemenangan Dr...
-
tiba-tiba teringat kenangan di stadium kuala selangor ni sebelum titik hitam yang berlaku di muktamar dewan bersebelahan stadium ini....

