Jumaat, 28 September 2012

BAJET13 : KU BERDOA SEMOGA YA ALLAH INILAH BAJET YANG TERAKHIR DIBENTANG OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI BARISAN NASIONAL YANG TERKAKHIR

Selesai sudah Pembentangan Bajet13 yang kununnya hadiah buat rakyat. Tidak ada apa yang menarik pembentangan Bajet13 ini melainkan copy & paste Bajet12. Bemula dengan pakaian PM yangg berwarna HIJAU seolah-olah akan ada perubahan di kerusi yang beliau berdiri itu, adakah Bajet14 yang akan datang Perdana Menteri dari wakil Rakyat PAS yang akan membentangkannya. Seperti biasa pembentangan bajet ini diselitkan sedikit ayat-ayat Al-Quran yang kununnya pimpinan KERAjaan yang ada sekarang tidak pernah membelakangkan ISLAM.....cukup cantik ayat Al-Quran yang dibaca yang bermaksud "berlumba-lumba la kamu mengejar Kebaikan". Buat Perdana Menteri Malaysia Najib Anak Lelaki Abdul Razak, ayat itu seharusnya dibaca berulang-ulang kali kepada ahli keluarga mu yang terhampir.Ingatkan lah Aurat kena jaga, minuman ala-ala warna teh o perlu dijauhi, ngan terlalu membazir dengan gelang hingga ke facial.

Antara kandungan Bajet 13 yang aku dengar:-

Yang jelas Bajet13 ini betul-betul bajet Pilihanraya Umum...bajet gula-gula, bajet pancing undi. Keistimewaan pasukan uniform sekali lagi dijaga, maklum la undi Pos andai tumbang KERAjaan BN maka puak2 ini lah yang akan digunakan.

Bajet untuk Belia kerana berjayanya Himpunan Sejuta Belia Di Putrajaya dan Himpunan 1M4U yang diadakan di KLCC. Jelas Perdana Menteri masih sokong dan setuju serta mengalakkan progran yang jelas dan terang berbentuk MAKSIAT.

Perdana Menteri mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pelajar IPTA yang menyokong Pro Aspirasi....bukankan KERAjaan yang beriya-iya pelajar IPT dilarang berpolitik tetapi di dalam Dewan Rakyat Yang Mulia secara LIVE memuji pelajar Pro Aspirasi....Pemimpin apa ni??? Pemimpin Cakap Tak Serupa Bikin.....

Perdana Menteri membentangkan Bajet isu PTPTN...Beliau cuba untuk menjadi jaguh, sedar atau tidak sekiranya Pakatan Rakyat melalui sdra Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR yang membangkitkan isu PTPTN KERAjaan dibawah pentadbiran Najib a/l Razak tidak memperdulikan pun. Najib sanggup memperBODOHkan diri beliau keran membangkitkan persoalan " sekiranya dihapuskan PTPTN, siapa yang akan menanggung 30 Billion hutang yang tertunggak itu, bukankah ini akan membebankan Rakyat"...soalan aku yang pasti wahai Najib "dimanakah keuntungan PETRONAS??? dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah keuntungan penganjuran F1??dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah  keuntungan Tabung Haji?? dimanakah keuntungan LHDN?? dimanakah keuntungan rizab-rizab lain yang terdapat didalam bumi Malaysia ini......sebab itu rakyat inginkan DEBAT secara Gentleman dari kamu Najib bukan secara Pondan dan Bapok di Pembentangan Bajet13!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perdana Menteri terus menjanjikan umpanan BR1M kepada rakyat...sejak 55 tahun Merdeka inilah kali kedua BR!M di beri. Ini pun asalnya idea dari Pakatan Rakyat yang menjanjikan imbuhan RM500 kepada rakyat. Sekali lagi Perdana Menteri menyindir Pakatan Rakyat yang hanya menabur janji tetapi hanya tinggal janji. Biar lah Rakyat yang menilai apa keistimewaan yang diperolehi rakyat Selangor....hasilnya pemberian air percuma itu membuka mata Rakyat Selangor bahawa ada hasil mahsul di Selangor yang boleh membantu rakyat.

Perdana Menteri terus mencari peluang menghentam dan menyindir Dato' Seri Anwar Ibrahim....buka lah mata wahai Najib a/l Razak, Anwar Ibrahim boleh melakukan lebih baik dari apa yang KERAjaan kau lakukan sekarang ini sekiranya tiada kekangan dan projek yang melebihi kroni dibawah pentadbiran diktator  Tun Mahathir.Buktikan Najib negara mana yang mendapat bantuan IMF musnah??dan sekarang tersebar luas gambar siapa yang menghulurkan tangan dengan George Soros???Jangan hanya pandai berpolitik dan main wayang dihadapan Televisyen sahaja.

Banyak lagi sindiran Najib a/l Razak yang berwatakan pondan...tetapi malas nak dengar kerana beliau mungkin sudah tahu ini adalah Pembentangan Bajet yang terakhir buat beliau dan pentadbiran terakhir KERAjaan BN di bumi Malaysia....Aminnnnnnnnn