Rabu, 20 Januari 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN HAK MILIK KEPADA PENDUDUK KAMPUNG DATO' ABU BAKAR BAGINDA

TARIKH : 17 JANUARI 2016 ( AHAD)

MASA : 12.30 TENGAHARI

Tiada apa yang mampu diucapkan hanya melahirkan kesyukuran  Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT.

YB Mohamed Hanipa Maidin menyambut baik diatas inisiatif dan usaha Kerajaan Negeri Selangor.

Terima kasih....syukur Alhamdulillah









GABUNGAN PAKATAN HARAPAN MENJELMA DI PARLIMEN SEPANG

TARIKH : 17 JANUARI 2016 (AHAD)

MASA : 10.30 PAGI

Gabungan Pakatan Harapan mula menjelma di Parlimen Sepang. Dengan kewujudan Pejabat Pakatan Harapan Cawangan Kampung Hulu Chuchoh menjadikan inspirasi gabungan parti PKR, Amanah dan DAP untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan masyarakat Sepang amnya. Pejabat Pakatan Harapan telah dirasmikan oleh YB Mohamed Hanipa Maidin selaku Ahli Parlimen Sepang.
Gabungan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Saudara Zulkarnain selaku Ketua Protem Amanah Sepang akan merangka strategi dan program yang mampu memperjelaskan visi dan misi Pakatan Harapan. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik  Wong Chuan How yang mewakili DAp dan saudara Nizam mewakili PKR.

Tahniah dan Syabas Kepimpinan Amanah Sepang , DAP Sepang  dan PKR Sepang
















JETI BARU BUAT PARA NELAYAN JETI TANJUNG SEPAT

TARIKH : 17 JANUARI 2016 ( AHAD)

MASA  : 8.30 PAGI

YB Ahli Parlimen Sepang telah menghadiri Majlis Pembinaan Jeti Nelayan yang baru.Majlis perasmian telah dirasmikan olheh YAB Dato' Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Turut menghadiri majlis Exco Kerajaan Negeri YB Dr. Yunus Hairi, ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin, ADUN Tanjung Sepat YB Ir Haslin Hassan serta kepimpinan Pakatan Harapan Sepang.

YB Mohamed Hanipa Maidin selaku Ahli Parlimen Sepang mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diatas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu yang pernah dibangkitkan oleh YB sendiri.






PASANGAN PENGANTI BARU DIRAIKAN OLEH YB AHLI PARLIMEN SEPANG

TARIKH : 16 JANUARI 2016 ( SABTU)

MASA : 1.00 PETANG

TEMPAT : TASIK REKREASI MARDI, SERDANG SELANGOR

YB Mohamed Hanipa Maidin telah meluangkan masa meraikan majlis walimatul urus puteri Encik Abu Bakar dan Puan Sabariyah. Majlis Walmatul Urus ini turut dihadiri oleh Tuan haji Borhan ( Penyelaras Dun Dengkil), Encik Chandren ( Ketua Komuniti Taman Lestari Permai)

Mabruk (Tahniah) buat Encik Abu Bakar dan isteri serta pasangan pengantin. Semoga majlis dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT dan pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah....Barakallah







KELUARGA ENCIK RIDZUAN DIKUNJUNGI OLEH YB AHLI PARLIMEN SEPANG

TARIKH : 16 JANUARI 2016 (SABTU)

MASA : 12.00 TENGAHARI

YB Ahli Parlimen Sepang telah meluangkan masa mengunjungi Encik Ridzuan yang menerima ujian dari Allah SWT baru baru ini. Beliau telah  kehilangan isteri tersayang diatas masalah kesihatan. Bagi membantu dan mringankan beban Encik Ridzuan, kepimpinan Protem Amanah Sepang telah melancarkan "sumbangan ikhlas dari orang ramai yang ingin membuat sumbangan. Sumbangan yang dilancarkan bertujuan melangsaikan pembayaran Bil Hospital yang tertunggak.
Bagi menyampaikan sumbangan orang ramai, YB Ahli Parlimen Sepang telah sudi menyampaikan sumbangan serta melakukan sumbangan peribadi.

Dengan sumbangan ini akan menajdi satu amal jariah yang berpanjangan dan diterima oleh Allah SWT.

Semoga Roh Almarhumah isteri Encik Ridzuan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman dan solehah....Al Fatihah




EDARAN KALENDAR 2016 BERSAMA AHLI PARLIMEN SEPANG

Tarikh : 16 Januari 2016 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

YB Ahli parlimen Sepang telah meluangkan masa bersama rakyat Sepang. Bagi menjayakan program ini, YB bersama sama YB ADun Sungai Pelek, Ahli Majlis Perbandaran Sepang, kepimpinan Protem Amanah Sepang serta kepimpinan DAP Sungai Pelek telah turun bersama bagi menjayakan program ni. Program ini merupakan sebahagian acara tahunan sebagai tanda penghargaan buat warga Sepang.