Jumaat, 28 Disember 2012

BACA DAN FAHAM KAN DAHULU TULISAN MSO INI......

.: Komisyen Jual Tanah YIK Dibawa Dalam Guni?: SEPANDAI TUPAI                                                                                                                      Serono...

Rabu, 19 Disember 2012

SAMA-SAMA RAKYAT RENUNGKAN........

SEKIRANYA RAKYAT MEMBENARKAN UMNO/BN TERUS MENTADBIR NEGARA INI , SUDAH PASTI PELBAGAI KENAIKAN HARGA BARANG DAN KEPERLUAN AKAN NAIK HARGANYA......: Shafei Afdal Bagi Semangat Kepada Pakatan Rakyat?: RENUNGAN MALAM                                                                                   Semua orang patut bersetuju dengan panda...

Khamis, 1 November 2012

Selasa, 2 Oktober 2012

PERDANA MENTERI YANG TIDAK BERANI BERDEPAN DENGAN LAWAN

.: Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan: JENGOK BAJET                                                                                                                         Bagi...

Isnin, 1 Oktober 2012

ULASAN BELANJAWAN 2013 DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


 sama-sama kita hayati ulasan Dato' Seri Anwai Ibrahim setelah Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib A/Ltantuya  Abdul Razak menyerang secara Live kununnya dia lah Perdana Menteri yang Hebat Haikkkkkkkkkkkkktuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Jumaat, 28 September 2012

BAJET13 : KU BERDOA SEMOGA YA ALLAH INILAH BAJET YANG TERAKHIR DIBENTANG OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI BARISAN NASIONAL YANG TERKAKHIR

Selesai sudah Pembentangan Bajet13 yang kununnya hadiah buat rakyat. Tidak ada apa yang menarik pembentangan Bajet13 ini melainkan copy & paste Bajet12. Bemula dengan pakaian PM yangg berwarna HIJAU seolah-olah akan ada perubahan di kerusi yang beliau berdiri itu, adakah Bajet14 yang akan datang Perdana Menteri dari wakil Rakyat PAS yang akan membentangkannya. Seperti biasa pembentangan bajet ini diselitkan sedikit ayat-ayat Al-Quran yang kununnya pimpinan KERAjaan yang ada sekarang tidak pernah membelakangkan ISLAM.....cukup cantik ayat Al-Quran yang dibaca yang bermaksud "berlumba-lumba la kamu mengejar Kebaikan". Buat Perdana Menteri Malaysia Najib Anak Lelaki Abdul Razak, ayat itu seharusnya dibaca berulang-ulang kali kepada ahli keluarga mu yang terhampir.Ingatkan lah Aurat kena jaga, minuman ala-ala warna teh o perlu dijauhi, ngan terlalu membazir dengan gelang hingga ke facial.

Antara kandungan Bajet 13 yang aku dengar:-

Yang jelas Bajet13 ini betul-betul bajet Pilihanraya Umum...bajet gula-gula, bajet pancing undi. Keistimewaan pasukan uniform sekali lagi dijaga, maklum la undi Pos andai tumbang KERAjaan BN maka puak2 ini lah yang akan digunakan.

Bajet untuk Belia kerana berjayanya Himpunan Sejuta Belia Di Putrajaya dan Himpunan 1M4U yang diadakan di KLCC. Jelas Perdana Menteri masih sokong dan setuju serta mengalakkan progran yang jelas dan terang berbentuk MAKSIAT.

Perdana Menteri mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pelajar IPTA yang menyokong Pro Aspirasi....bukankan KERAjaan yang beriya-iya pelajar IPT dilarang berpolitik tetapi di dalam Dewan Rakyat Yang Mulia secara LIVE memuji pelajar Pro Aspirasi....Pemimpin apa ni??? Pemimpin Cakap Tak Serupa Bikin.....

Perdana Menteri membentangkan Bajet isu PTPTN...Beliau cuba untuk menjadi jaguh, sedar atau tidak sekiranya Pakatan Rakyat melalui sdra Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR yang membangkitkan isu PTPTN KERAjaan dibawah pentadbiran Najib a/l Razak tidak memperdulikan pun. Najib sanggup memperBODOHkan diri beliau keran membangkitkan persoalan " sekiranya dihapuskan PTPTN, siapa yang akan menanggung 30 Billion hutang yang tertunggak itu, bukankah ini akan membebankan Rakyat"...soalan aku yang pasti wahai Najib "dimanakah keuntungan PETRONAS??? dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah keuntungan penganjuran F1??dimanakah keuntungan KWSP?? dimanakah  keuntungan Tabung Haji?? dimanakah keuntungan LHDN?? dimanakah keuntungan rizab-rizab lain yang terdapat didalam bumi Malaysia ini......sebab itu rakyat inginkan DEBAT secara Gentleman dari kamu Najib bukan secara Pondan dan Bapok di Pembentangan Bajet13!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perdana Menteri terus menjanjikan umpanan BR1M kepada rakyat...sejak 55 tahun Merdeka inilah kali kedua BR!M di beri. Ini pun asalnya idea dari Pakatan Rakyat yang menjanjikan imbuhan RM500 kepada rakyat. Sekali lagi Perdana Menteri menyindir Pakatan Rakyat yang hanya menabur janji tetapi hanya tinggal janji. Biar lah Rakyat yang menilai apa keistimewaan yang diperolehi rakyat Selangor....hasilnya pemberian air percuma itu membuka mata Rakyat Selangor bahawa ada hasil mahsul di Selangor yang boleh membantu rakyat.

Perdana Menteri terus mencari peluang menghentam dan menyindir Dato' Seri Anwar Ibrahim....buka lah mata wahai Najib a/l Razak, Anwar Ibrahim boleh melakukan lebih baik dari apa yang KERAjaan kau lakukan sekarang ini sekiranya tiada kekangan dan projek yang melebihi kroni dibawah pentadbiran diktator  Tun Mahathir.Buktikan Najib negara mana yang mendapat bantuan IMF musnah??dan sekarang tersebar luas gambar siapa yang menghulurkan tangan dengan George Soros???Jangan hanya pandai berpolitik dan main wayang dihadapan Televisyen sahaja.

Banyak lagi sindiran Najib a/l Razak yang berwatakan pondan...tetapi malas nak dengar kerana beliau mungkin sudah tahu ini adalah Pembentangan Bajet yang terakhir buat beliau dan pentadbiran terakhir KERAjaan BN di bumi Malaysia....Aminnnnnnnnn







Sabtu, 15 September 2012

MAKIN LAMA MAKIN KEPANASAN MUSA AMAN.....

Main kepanasan Musa Aman...walaupun Ketua Penerangan UMNO Dato' Ahmad  Maslan menyatakan bahawa politik di Sabah tidak bergelora hanya sekadar gimik Pembangkang...tapi kini ia semakin nyata. Makin lama makin si Musa Aman merasakan bahawa beliau akan pupus dan karam dengan UMNO/BN....UMNO/BN ibarat BANGKAI yang semakin hari semakin busuk baunya...hanya menunggu untuk ditimbus oleh Rakyat...walaubagaimanapun bagi Najib apa yang berlaku setakat Tan Sri Ibrahim Menudin beliau tidak gentar, tetapi sekiranya dalam masa beberapa jam perisytiharan Penubuhan Malaysia akan ada wakil Rakyat UMNO/BN Sabah yang BERUBAH, sudah pasti Najib akan menggelabah dan sudah pasti akan ada Lawatan Kerja Sehari ke Sabah atau membuat JANJI DITEPATI buat rakyat Sabah...Kita Tunggu dan jangan kita lupa buat Pimpinan Pakatan Rakyat!!! jangan duk sibuk Sabah & Sarawak akhirnya Semenanjung yang Terlepas.....
Kedahkini: Siapa Dia Tan Sri Ibrahim Menudin...?: LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti...

INI SAHAJA YANG PEMIMPIN MELAYU UMNO MAMPU DIDIK SUPAYA ANAK MELAYU TIDAK BERFIKIR POLITIK MASA DEPAN MALAYSIA

RETI buat laungan TAKBIR ALLAHUAKHBAR....tapi baling cat semasa umat Islam SOLAT JUMAAT Manjung Mari: Nak tengok muka-muka kumpulan UMNO yang menghalang...: Dimanakah tanggungan anggota polis yang mengawal keselamatan dalam negeri,,, lebih malang lagi bila menteri yang mengawal selia polis sendir...

MUNGKIN ADA ARAHAN PIHAK ATASAN VIDEO ASAL TELAH DIREMOVE......


Mungkin kerana ada wajah Pak Menteri maka video asal telah diremove dari Youtube dengan lagu bertajuk "Belia Gangnam Style - Nasib Baek Opah Wa Tak Tau"....masa buat tak ingat ambik kau.....MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

SPR DAN UMNO/BN SELANGOR BERKONGSI KERESAHAN......

.: Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru:  MELENTANG HARI                                                                                                                Kerajaan n...

INIKAH DEMOKRASI....INIKAH MAKSUD ERTI KEMERDEKAAN,,,SELAGI UMNO/BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH UNDANG-UNDANG PENJAJAH DIKEKALKAN

.: Musa Sudah Bertindak, Halau Azmin Dari Masuk Sabah...: TERKINI MALAM Kerajaan UBN Sabah tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka dengan perkembangan politik yang berlaku di negeri berkena...

KALI INI SYAITAN MELAKUKAN KERJA MENGIKUT ARAHA IBLIS PUSAT KETIKA UMAT ISLAM SOLAT JUMAAT

.: Bas Merdeka Rakyat Dikacau Lagi...: JERKAH JUMAAT Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Jo...

Ahad, 9 September 2012

BUDAYA SAMSENG UMNO SUDAH KE TAHAP BUAS....KALI INI BERLAKU DI NEGERI KELAHIRANKU...AYUH LA CUBA LA BERPOLITIK MATANG SIKIT...

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA adalah pemimpin yang hebat dan boleh mengankat punggong melangkah ke mana sahaja ingin dia pergi....melawat....lawatan kerja sehari dua tiada masalah.....Perdana Menteri boleh membawa punggongnya dengan melangkah sahaja.Tetapi apabila membawa punggong dan melangkah sampai ke negeri-negeri yang bukan dibawah jajahan takluknya tidak pernah berlaku masyarakat negeri yg bukan jajahan takluknya mengamuk, menghalang, mencerca seperti seorang yang hilang akal dan bersawan babi. Beliau ke Pulau Pinang yg ditadbir sebuah parti politik ala Komunis katanya (DAP) tidak ada seorang pun penyokong DAP menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, serupa juga apabila ke Kelnatna dan Kedah tidak ada seorang pun penyokong PAS menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, apabila ke bumi Selangor tidak ada seorangpun penyokong PKR menhalang, mencerca, menjerit terlolong menghina Perdana Menteri, tetapi apabila pergi ke negeri dibawah jajahan taklukan Perdana Menteri seluruh penyokongnya diserang histeri ala sawan babi....ayuh la dah 55 tahun merdeka diaman negara Demokrasi....cubalah amalkan politik bertamadun dan matang. .: Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas: ULASAN KEJADIAN Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran...

DULU...KINI...SELAMAMYA
AKU BENCI UMNO/BN
HAIKKKKKKKKKKTUIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Jumaat, 7 September 2012

ASSALAMUALAIKUM........KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...

Heboh diperkatakan sekarang ini....didada-dada akhbar semua tajuk berkaitan apa yang berlaku di ambang Merdeka. Janji Demokrasi anjuran sebuah NGO yang berlangsung terpalit dengan pencemaran isu-isu remaja yang membawa bendera Sang Saka Bangsa sehinggalah segelintir remaja yang memuaskan nafsu amarahnyer dengan menunjuk punggong ke sebuah potret pemimpin dan dipijak-pijak dengan kaki oleh remaja yang bergelar rakyat marhaen.

Sang Saka Bangsa adalah lambang perjuangan kemerdekaan terdahulu...tidak salah dibawa sebagai pemangkin semangat dan mendalami semangat pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu yang disembunyikan nama-nama mereka dalam sejarah Malaysia. Tetapi mana datangnya pulak ada yang menyatakan PAKATAN RAKYAT mahukan Sang Saka Bangsa mengantikan Jalur Gemilang. Itu kenyataan dari pihak-pihak yang menggelabah sedangkan seluruh rakyat yang hadir ke dataran sempena Janji demokrasi itu bercita-cita dan berniat mendalam untuk menggantikan KERAjaan Barisan Nasional kepada KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Isu memijak potret pemimpin cukup pantas PDRM membuat operasi mencari dan memburu. Sedangkan isu KELUCAHAN MELAMPAU telah lama berlaku bermula dari PEMIMPIN ITU SENDIRI. Rakyat tidak lupa bagaimana seorang pemimpin membuat aksi LUCAH sempena Pilihanraya Kecil di sebuah negeri yang segala-galanya besar.....cari lah dalam youtube bersepah.....seorang Ahli Parlimen membuat isyarat KELUCAHAN MELAMPAU di dalam Dewan Rakyat yang mulia,cari dalam youtube bersepas-sepah dan naik menyampah.....ini semua bermula dari pemimpin atau lebih senang lagi dari ORANG TUA sendiri. Pemimpin sendiri tidak beradab dan bersopan dalan pengucapan sehingga mengelurkan perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Pemimpin No 1 iaitu "HARAMJADAH". HARAM adalah satu perkataan yang cukup melampau sedangkan barisan parti yang beliau pimpin pun tidak dapat membezakan apa itu HARAM apa itu HALAL apa itu MAKSIAT apa itu HIBURAN MELALAIKAN. Malas nak ulas panjang-panjang cukup kita lihat apabila pemimpin Pakatan Rakyat dan Rakyat Marhaen di LUCAHKAN oleh Pemimpin KERAjaan yang ada takper.......
Pandang-Pandang Jangan Hanya Sekadar Menjeling......




Selasa, 4 September 2012

DAH MACAM ARAB JAHILIYAH DAH.....

Inilah Budaya UMNo apabila memperkenalkan PERMIT berceramah MESTI Ada Tauliah. MANUSIA yang BERIMAN & BERTAQWA pasti dapat menilai ceramah seseorang PENCERAMAH itu SESAT atau SEBALIKNYA....ini datang MASJID pun TIDAK TIBA-TIBA BERLAGAK SAMSENG.: Filem Klasik Melayu - Arab Di Tayang Di Kedah Pula...: CATATAN TENGAH MALAM Saya baru lepas menyaksikan klik video mengenai serangan dan gangguan sekumpulan manusia terhadap Anwar Ibrahim yan...

Isnin, 3 September 2012

ASSALAMUALAIKUM...BUBAR KAN LAH PARLIMEN...

sekarang ni semua rakyat Malaysia ingin tahu bilakah Parlimen diBUBARkan. Dari awal bulan Jun sehingga la ke hari ini masih lagi menjadi teka teki tarikh PRU13. Adakah Pok Najib nak tuggu jawapan dari Rosmah Mansor permaisuri idaman hati.
Kalau tengok gaya Pok Najib berucap dari perutusan Merdeka, Di Ambang Merdeka, Hari Merdeka, Rumah Terbuka UMNO Selangor hingga ke Kinabatangan Sabah Pok Najib dah hebat serta bersedia berpecak di gelanggang PRU13 (tengok pada gayanya)....semua ucapannya penuh dengan berkeyakinan bahawa Rakyat telak menolak Pakatan Rakyat....jadi apa ditunggu lagi POK Najib ayuh BUBARkan PARLIMEN.....kami hanya memohon kepada Allah SWT semoga Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan Selamatkan Malaysia walaupun kami tahu Pok Najib akan guna segala apa yang ada untuk menang terutama di Negeri Selangor........

APA NAK JADI....IBU BAPA PERLU BUKA MATA JANGAN BERBANGGA SANGAT ANAK TERLIBAT PERSEMBAHAN MERDEKA!!!!!

Jasindaily Online: Satu Stadium Tak Solat Jumaat ?Kerajaan Mesti Bert...: Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan Assalammualaikum TVAlhijrah. Ada ibu kpd seorang pelajar menelefon secara langsung me...

Rabu, 29 Ogos 2012

PERBAIKI KELEMAHAN JANGAN SAMPAI MUSUH DAPAT MENGUASAINYA NANTI.....

.: Ada Kucahan Kecil Dalam PKR Kelantan: ALIH MATA Barangkali ramai yang tidak setuju dan marah dengan saya terutamanya orang PKR (Keadilan) apabila catatan ini saya membubuh ta...

Selasa, 28 Ogos 2012

UCAPAN BERKAITAN HALA TUJU SINGAPURA BUKAN HALA TUJU SESEBUAH PARTI SEPRTI UCAPAN NAJIB DI HARI KEBANGSAAN NANTI....UCAPAN PERDANA MENTERI SINGAPURA SEMPENA HARI KEBANGSAAN SINGAPURA 2012



Amat menarik sekali ucapan beliau pada minit 3:22 yang menyatakan,

"Bagaimana politik dan masyarakat di negara lain sering diuruskan mengikut landasan kaum.Bagi setiap isu, mereka lihat dan perjuangkan atas kepentingan kaum.Mana kaum yang untung? Dan mana yang rugi? Kita jangan sekali-kali biarkan ini berlaku di Singapura.

Pada masa yang sama marilah kita terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan masyarakat Melayu Islam kita supaya kita dapat maju bersama sebagai satu bangsa.

Memang tidak boleh disangkal lagi anda telah mencapai kemajuan besar sejak kita Merdeka."

Rabu, 8 Ogos 2012

SOKONG DAP HARAM.....KALAU PEMIMPIN UMNO DUK SOKONG MAGNUM KATEGORI APA PULAK????

Terjah Minda!: UMNO dan MAGNUM 4D.: بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ kenapa UMNO payah bebenar nak laksana hukum ...

Khamis, 2 Ogos 2012

JAUHKAN ANAK-ANAK KITA DARI UMNO/BN & JATI

Jauhkan anak-anak kita dari logo UMNO/BN dan muka insan yang bernama Dr.hassan Ali.....
selagi UMNO/BN berkuasa selagi itu la apa yang diperjuangkan insan yang bernama Dr Hassan Ali sebagai GIMIK POLITIK beliau untuk menjalinkan semula ikatan bersama UMNO/BN.....beliau hanya sekadar KUDA TUNGANGGAN dan PARASIT yang pernah berada di dalam PAS.....Selagi UMNO/BN berkuasa MAKSIAT akan berleluasa.....undang-undang ISLAM dipersendakan sahaja....JAUHKAN ANAK-ANAK KITA DARI MANUSIA DAN LOGO INI..........

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA SINDIR PAK MENTERI

Assalamualaikum....

Saudara Khairy Jamaluddin menyindir dengan sini kepada Bapak Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan akibat lagu tema merdeka "Janji Di Tepati"....hahahahaha

Rabu, 1 Ogos 2012

RAFIZI DITAHAN....????

Assalamualaikum....

Syukur ke hadrat Illahi kerana  Allah masih mempertemukan kita dengan Ramdhan yang masuk hari ke 12..........
Seperti biasa selepas bersahur aku akan melihat blog Pakatan Rakyat dan Malaysiakini. Tetapi pagi ini selepas bersahur aku berehat diruang tamu rumah sambil menunggu untuk menunaikan solat Subuh. seperti biasa selepas menunaikan solat subuh aku akan bersiap sedia untuk bergerak ke pejabat aku yang menjadi rebutan Pakatan Rakyat yang sukar dilepaskan oleh KERAjaan BN.......

Apabila tiba di pejabat, aku membuka laman2 blog PR yang aku terlepas untuk melayarinya selepas Sahur....aku terkejut melihat Berita Terkini Rafizi Ramli Di Tahan.....kes apa pulak???rupa-rupanya  Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategik PKR ditahan kerana MELIWAT isu NFC FEDLOT....adakah ini tanda-tanda UMNO/BN sudah mula terasa bahangnya KEHILANGAN KUASA & PUTRAJAYA???ini kerana Rafizi Ramli adalah insan yang memberi idea dari segi ekonomi sekiranya Pakatan Rakyat menang dan menguasai Putrajaya.....Rafizi Ramli membuka isu NFC...merancang penghapusan PTPTN....isu George Kent LRT Ampang.....penurunan harga kereta import ( duti eksais)....semua isu yang Rafizi Ramli bangkitkan mengundang BAHAYA & BAHANA buat KERAjaan BN......isu NFC habis sampai terduduk Mak Menteri......apa lagi kalau isu kereta import habis panas punggong la saper yang memegang AP...itulah kehebatan Rafizi Ramli.....jadi sebelum apa-apa terjadi biar la Rafizi ditahan, didakwa di Mahkamah dalam usaha menyekat kemaraan beliau ke Parlimen atau HILANG KELAYAKAN BERTANDING atau  terbangkitnya isu-isu panas menjelang PRU 13 yang memang sukar ditangkis oleh KERAjaan BN
Kiat tunggu apa kesudahannya...............Buat keluarga Rafizi bersabar diatas dugaan ini.

Bongkar Pulak Di Mahkamah Nanti...........................

Perwira Baru Yang Dalam UMNO Tiada Mampu Menyainginya



RAMADHAN 1433H DI PERTENGAHAN SUDAH.....

Kini Ramadhan 1433H telah mengetuk pintu di pertengahan...
Bagaimanakah Ramadhan kita setakat ini.....
Ramadhan di awal telah kita lalui.....

Isnin, 30 Julai 2012

GELOMBANG BERGELORA PAKATAN RAKYAT KE SABAH BAH....

Hangat dan panas punggong, gelisah semuanya bermain di benak fikiran pemimpin Barisan Nasional....ini semua gara-gara perisytiharan 2 Ahli Parlimen dari Sabah yang berpengaruh melancarkan gerakan "Angkatan Perubahan Sabah" dan seterusnya mengistytiharkan keluar dari Parti UMNO dan Barisan Nasional serta terus terang tanpa bersuluh menyokong ASPIRASI PAKATAN RAKYAT.

Kini laluan PR ke Putrajaya telah dibuka lorongnya...Parti BN yang sebelum ini menganggap Sabah menjadi penyelamat kini sudah mula bergelora akibat dari tindakan 2 orang yang berpengaruh di Sabah. Tahniah Lajim Ukin Dan Wilfrid Bamburing.....petugas-petugas PR sudah boleh melipatgandakan usaha dan memberi penjelasan dasar-dasar PAKATAN RAKYAT sekiranya memerintah Sabah & Persekutuan....Ayuh Rakyat Sabah....AYUH BERUBAH BAH SEBELUM PARAH....



Khamis, 26 Julai 2012

MANA MAK??? KALAU DIHAYATI SEDIH MEMBACA CERPEN INI.......

KELAB GREENBOC: [TAZKIRAH] Mana Mak?: J am 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. ... ... Ayah baru...

Selasa, 24 Julai 2012

ISU : PENANGGUHAN PUASA UNTUK ATLIT MALAYSIA

Hari ini para mUFTI bersetuju untuk bersepakat dan berpadu suara membenarkan atlit Malaysia menangguhkan BERPUASA sempena OLIMPIK 2012...atas dasar apa para mUFTI  bersepakat dan bersepadu suara???
Hari tu apabila terdengar khabar dan ura-ura KERAjaan UMNO/BN ingin mengadakan PRU13 di musim haji, maka Ketua Penerangan PAS mengeluarkan arahan kepada ahli petugas PARTI untuk menangguhkan menunaikan fardhu haji.....maka riuh rendah, haru biru, hiruk pikuk semua bersuara sehingga ada yang menyatakan arahan SESAT....maka mUFTI pun bersuara sehingga Menteri Hal Ehwal Islam pun bersuara demi kepentingan diri & politik.....bukankah memilih pemimpin itu WAJIB..
Rakyat WAJIB memilih pemimpin atau KETUA NEGARA (Perdana Menteri) yang mempunyai AKHLAK yang MULIA, melaksanakan pentadbiran berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.....Pemimpin Yang Tidak Zalim, Rasuah dan Kaya Raya dari hasil usaha Rakyat.

Isnin, 23 Julai 2012

PERHIMPUNAN PERDANA IMAM-IMAM & AHLI JAWATANKUASA MASJID SELURUH MALAYSIA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Program yang memberi peluang Imam-Imam dan AJK Masjid Seluruh Malaysia beramah mesra bersama YAB Perdana Menteri Malaysia. Program yang diadakan di Dewan MAEPS, Serdang Selangor berjaya menghimpunkan 11,000 imam-imam dan AJK.....Alhamdulillah kehadiran yang cukup membanggakan dengan tema  program "MASJID DIIMARAH, IMAM DITRANSFORMASI"
Nyanyian lagu 1Malaysia   


Sebahagian Para Imam-imam yang hadir



Pengangkutan Bas yang membawa Imam-Imam & AJK masjid seluruh Malaysia ke Perhimpunan


Sebahagian Imam-Imam & AJK Masjid menuju ke Bas masing-masing setelah menjamu selera makan tengari bersama PM

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERLU AMBIL PELUANG INI.....

Memang benar kemasukan artis, budayawan dan karyawan didalam parti Pakatan Rakyat satu fenomena yang luar biasa. Pemimpin Pakatan rakyat harus menggunakan peluang yang ada untuk menyerlahkan bakat2 yang mereka ada....betul kata saudara ZUNAR apa guna dibawa ke hulu ke hilir berceramah tetapi impak dan hasilnya sekadar berpuashati...tetapi sekiranya Pemimpin Pakatan Rakyat dapt memberi ruang dan peluang kepada golongan ini terus berkarya Insya Allah akan ramai golongan-golongan ini akan turut serta dalam Pakatan Rakyat........AZLI SHUKRI TODAY: Zunar Tak Puas Hati dengar Pakatan Rakyat?: KUALA LUMPUR, 23 Julai — Pakatan Rakyat (PR) harus menyediakan ruang bagi golongan artis yang m...

MENARIK UCAPAN HAJI YUSOFF HASSAN



Walaupun perhimpunan ini telah berlalu namun aku tertarik dengan ucapan beliau....apatah lagi ucapan beliau di Perhimpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya ini dapat disaksikan seluruh rakyat Malaysia apatah lagi warga JAKIM....habis riuh haru biru haruk pikuk bila ramai yang melihat Tuan Haji Yusuf Hassan berucap....ada yang terpegun...ada yang tidak percaya...namun aku menjawab inilah REALITI....Tahniah Haji Yusof Hassan...semoga ISTIQOMAH dalam perjuangan yang tidak menjanjikan apa-apa pangkat, jawatan mahupun harta kecuali kita NIAT bersama-sama menegakkan ISLAM dan Metadbir Urus Negara ke arah Yang Baik dan Lebih Baik....Takbir

ALAHAI UMNO/BN SELANGOR...MERAIH SIMPATI SUNGGUH-SUNGGUH NI

Ada member dapat mesej ni dan FORWARDKAN kat aku.............
ucapkan Ahlan Wasahlan tu ok dah tiba yang akhir tu keluar pulak ayat " SAYANGI SELANGOR YAKINI BN" hehehehe...
Rakyat Selangor Memang Sayang SELANGOR tapi nakYAKINI BN dah takder dah kot.......sepatutnya "SAYANGI SELANGOR HAPUSKAN BN" hehehehe


JUBAH INIKAH YANG DIMAKSUDKAN SHARPSHOOTER...........

Mungkin ini lah yang dimaksudkan oleh blog Sharpshooter.................SharpShooter: Politik Jubah @NajibRazak tanda umporno bakal dika...: Alahai Menteri Wanita bermisai..sampai politik Jubah terpaksa digunakan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah ...

Sabtu, 21 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak....semoga Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelum ini....rebutlah peluang segala kemuliaan yang terdapat di dalam bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini iaitu RAMADHAN.....semoga RAMADHAN tahun ini juga membuatkan kita sentiasa beristqomah serta menghayati sejarah yang akan berlaku didalam bulan RAMADHAN nanti seperti perjuangan RASULULLAH SAW dalam mempertahankan ISLAM dalam PERANG BADAR serta TURUNYA AL-QURAN sebagai panduan hidup yang penuh dengan cara hidup yang diajar dalam ISLAM.....ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR....ALLAHUKAHBAR....rebutlah
10 awal RAMADHAN adalah KEBERKATAN......
10 pertengahan RAMADHAN adalah KEAMPUNAN....
10 TERAKHIR RAMDHAN terlepas dari AZAB NERAKA.

Rabu, 18 Julai 2012

PERHIMPUNAN BUAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sibuk sungguh YAB Perdana Menteri Malaysia ini memenuhi undangan Perhimpunan. Setiap kali perhimpunan sudah pasti kehadiran dijangkakan 5000 ke atas.
Baru-baru ini PM telah hadir ke Perhimpunan bersama Belia dengan pelancaran 1M4....(apa ntah maksudnya) dengan hiburan serta campur gaul anak muda mudi belia...dengan solatnya ntah ke mana???...esok PM akan bersama pula dengan Imam-Imam dan jawatankuasa Masjid seluruh Malaysia....sudah pasti berbondong-bondong bas akan datang dari seluruh pelusuk di Malaysia...sudah pasti perwatakan dan ucapan PM akan berlainan al maklum la tiada tari menari apatah lagi akan dihadiri kesemuanya lelaki...
Persoalannya adakah kedua-dua perhimpunan ini ditaja...disponsor...atau hadir dengan niat yang ikhlas dan sukarela????hurmmmmmmmmmmmm fikir-fikirkan berapa banyak duit rakyat habis dengan program seperti ini atas nama PERHIMPUNAN?????

Selasa, 17 Julai 2012

SUDAH-SUDAH LA....GUNA LAH CARA GENTLEMAN......

Dah naik bosan dah....tak habis-habis dengan isu LIWAT...LIWAT...LIWAT....bila LIWAT kaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim....bila Dato Seri Anwar Ibrahim orang kalitkan LIWAT dan tiada kerja lain dah ke puak-puak UMNO.....dah tiada keJANTANan dah ke untuk menjatuhkan insan bernama Dato Seri Anwar Ibrahim.........MIMPI SENJA: Fitnah Liwat 3 terhadap DSAI : Orang dah bosan .. ...: Dakwaan liwat: Sudah naik bosan, antara reaksi pembaca WARTAWAN SINAR HARIAN 17 Julai 2012 $entry.content.caption.value SHAH ALAM - Orang ...

KENANGAN HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.....telah lama tidak menjenguk blog ku ini akibat sibuk dan kekangan bekerja....

Namun aku berbangga dan teruja kerana dapat memeriahkan Ekspresi Anak Muda Ke Putrajaya walaupun tidak dapat meraikan Munajat bersama Pimpinan PAS di waktu malam.. Walaupun aku hanya dapat memeriahkan Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya sahaja tetapi bahang kemeriahannya terasa sepanjang perjalanan pulang ku dari stadium Kuala Selangor ke Salak Tinggi. Aku melihat anak muda di sekeliling stadium menyebabkan aku rasa bersyuku dan berdoa kepada yang maha ESA Allah SWT semoga kemenangan Parti berwadahkan Islam dapat digapai dan tercipta pada PRU13 untuk mentadbir negara ini dengan sokongan anak muda serta bantuan dari ALLAH.

Sedikit kenangan ku di Stadium Kuala Selangor:




















Selasa, 10 Julai 2012

SERANGAN AMUKAN DI BANGUNAN JPM

Assalamualaikum......

Bermula malam tadi semua siaran televisyen menyiarkan berita serangan amukan di JPM....di laman-lama Facebook turut tersebar berita ini....aku mendapat berita ini pada jam 3.00 petang...
Habis gegak gempita di ofis aku ada serangan amukan di JPM...polis menembak manusia yang mengamuk itu seramai dua orang...aku memaklumkan kepada rakan ku di ofis, apakah akan berlaku ceritera MahaRAja LawaK al-maunah kembali bersinar.....
Hari ini di dada-dada akhbar tersiar dengan tajuk-tajuk yang memberangsangkan "Imam Mahadi........" dan yang lebih dahsyat di Facebook terpampang wajah si pengamuk dengan blognya....ooooo rupanyer si pengamuk ini seorang blogger jugak ke???

Makin menarik isu ini....maka apakah akan ada sesetengah pihak akan memanipulasi isu ini di dalam kotak pemikirannya seperti....blogger pro PR ke??? Nak Guling Kerajaan ke???seorang Ahli parti ke??? maka kembali la semula cerita-cerita seperti di Perak dahulu dengan rompakan senjata di kem...ini kali cerita bagaimana mudah pintu keselamatan di JPM mudah dicerobohi dan dicabuli????.....kita tunggu ceritera ini sampai kemana pengakhiran episodnya????

Selepas Si Pengamuk Di Tembak..........
Di Dada Akhbar Hari Ini....................
Tunggu Barisan Ini Membuat Penyiasatan Bagi Pengakhiran Episod "Amukan Imam Mahadi Di JPM"




Isnin, 9 Julai 2012

KEJAYAAN ANAK BEKAS PRESIDEN UMNO???


Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama aku memulaukan tidak mengisi minyak Petronas akibat dari kezaliman kerajaan BN terhadap rakyat Terengganu dan kini Kelantan...isu Royaliti. Kini sekali lagi aku terpaksa memulaukan satu lagi stesen minyak yang berjenama PETRON. apatah lagi PETRON ini berkaitan dengan syarikat yang membekalkan arak berpangkalan di Filipina iaitu San Miguel.....ditambah lagi kebencian aku terhadap PETRON apabila ramai di blog PR...ceramah PR yang menyatakan PETRON dimiliki oleh seorang anak emas bekas Presiden Parti Keramat Dan Lahanat UMNO iaitu MIRZAN MAHATHIR....

Anak memiliki minyak PETRON......Bapak Penasihat PETRONAS....lepas ni anak dan bapak jadi ORANG MINYAK yang menyamun dan mencabul hak rakyat....

JOM UBAH KERAJAAN BN sebelum RAKYAT PARAH DAN MENANGGUNG SUSAH

Ahad, 8 Julai 2012

BAPAK PENCEN...ANAK KAYA LAGI???

walaupun baPAKKKKK dah pencen anak masih lagi kaya.....Komplot Mahathir, Esso dan San Miguel

GOLONGAN MUDA PENETU PERUBAHAN???

Inilah persoalanya....
Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia membuat perubahan dari kerakusan Pemerintahan Sekarang iaitu  BN kepada Kerajaan yang tulus & mulus PR...
Golongan muda sudah pasti penentu kejayaan....golongan muda yang hanya berfikiran "asal hidup boleh enjoy" sudah pasti kerajaan yang ada sekarang akan diundi.....tetapi bagi golongan generasi muda yang mempunyai pronsip mengabaikan hiburan dan enjoy, sudah pasti pilihan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan bagi membentuk generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa.....melihat ketulusan dalam pentadbiran....kerajaan yang mahu mendengar suara anak muda mudah di dengari bukan hanya heboh sekampung tetapi janjinya kosong....
Golongan muda tidak perlu memandang jauh....lihat bagaimana pentadbiran di Kelantan, peluang untuk belajar dan belajar apa itu ilmu??, apa itu iman??, apa itu taqwa?? boleh dipelajari dari tuan-tuan guru dipondok mahupun kuliah-kuliah yang ada diseluruh serambi Mekah tanpa memerlukan tauliah....sekiranya ingin melihat suara anak muda didengari lihat la Kerajaan Negeri Selangor begitu banyak program-program bersama belia sehinggakan peluang untuk menjadi usahawan turut dibuka....nilaikan la....bagi mengurangkan beban golongan muda belia dalam megejar ilmu, kerajaan PR mengemukan cadangan memansuhkan PTPTN...adakan golongan ini tidak mahu melepaskan peluang yang ada dan bebas dari hutang...lihat lah bagaimana Kerajaan Selangor menangani isu PTPTN Unisel apabilan kerajaan pemerintah BN yang zalim menarik bantuan PTPTN....dengan pantas YAB Menteri Besar Selangor PR mecari dana dan jalan menyelesaikan isu PTPTN UNISEL....mengelabah kerajaan zalim BN sehingga penarik balik bantuan PTPTN UNISEL.....itu baru Selangor yang sudah pasti kerajaan PR sudah bersedia mencari dan menjana ekonomi yang membolehkan anak-anak rakyat Malaysia mendapat pendidikan secara PERCUMA.....

AYUH GOLONGAN MUDA....KITA BERSEDIA MEMBUAT PERUBAHAN...HANYA 5 TAHUN SAHAJA......

Jumaat, 29 Jun 2012

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIMURAHKAN REZEKI BUAT HAIRIE OTHMAN aka LEFTENAN ADNAN

'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan' Alhamdulillah Ku panjat syukur kepada mu Ya Allah.....semakin hari semakin ramai yang ingin menyertai sebuah parti yang berwadahkan perjuangan Islam, Al-Quran dan As Sunnah di Martabatkan, keADILan ditegakkan...keZALIMan ditentang habis-habisan, lain dan tak bukan PARI ISLAM SEMALAYSIA atau singkatannya PAS..........

Apa lagi orang nak kata kepada PAS....nak kata pimpinan PAS tidak pandai mentadbir telah dibuktikan dibawah pimpinan yang diamanahkan oleh rakyat YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan...di Terengganu era YAB Dato' Seri Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang sebelum dirampas oleh UMNO/BN pada PRU selepas itu dengan taktik kotor, jijik dan najis. Kini boleh dilihat dibawah pemerintahan YAB Dato' Azizan Abdul Razak di Kedah sehinggakan keuntungan BALAK memacu ekonomi Kedah ke arah kerajaan yang telus dan adil.

Apa lagi yang hendak dirisaukan....usah difikirkan sekiranya itu calon PAS yang bertanding ayuh pangkah sahaja tanpa was was nanti pada PRU13............

Khamis, 28 Jun 2012

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KENA GUNA TEKNOLOGI YANG ADA......

Pemimpin Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR & DAP perlu bersedia menggunkan medium teknologi terkini. Sekarang ini melalui media elektronik rakyat akan mula membaca dan akan sampai menyampai...apatah sekarang ini UMNO/BN cukup gentar dari mediaum media elektronik ini terutama Facebook, Twitter, Blogspot dan sebagainya....Ayuh...Jangan Pandang Sinis Tentang Medium Ini....PERUBAHAN Kepada DIRI SENDIRI.....
 Kedahkini: ROPA NYE...RAFIZI KENA GODAM DARI DALAM ???: Koalisi dan Kolusi (2) -Oleh: MSK Koalisi Dalam setiap pertemuan atau perbincangan tentang bagaimana nak menang pilihanraya, aku selal...

HABIS HARU BIRU...SEMUA MELATAH





Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS habis semua haru biru apabila statement Tuan Haji Yusof diharakahdaily "Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi."....semua pihak melatah kemasukan Tuan Haji Yusof Hassan sebagai ahli PAS....ada yang kata habis imej JAKIM....ada yang bertanya nak jadi calon ke??...ada yang berbunyi nak masuk PAS masuk ajer la tak payah nak heboh-heboh...Hishhhhhh

Pelik la golongan profesional, pesara kerajaan, artis dan sesiapa yang menyertai PAS akan menjadi bagi menjadi satu kesalahan besar. Apa dengan menyertai parti UMNO sahaja yang perlu dibanggakan....UMNO dan sayap-sayap parti UMNO kena menilai dan mencari sebab musabab golongan-golongan ini menyertai PAS...walaupun sebelum ini Tuan Haji Yusof berkhidmat sebagai kakitangan awam sudah pasti segala tugas yang diberikan berpaksikan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" dan ' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"....segala tugas yang dilakukan akan melibatkan pengharuman nama agensi atau jabatan tempat beliau bertugas...dan segala tugas itu dilaksanakan dengan jayanya..................

Come on la....jangan duk menyalak ke sana ke mari...duk menyalak ke hulu ke hilir....duk menyalak dari utara ke timur dari selatan sampai ke barat inilah  sebuah negara DEMOKRASI tapi berfikiran ala-ala pemerintahan KUKU BESI....jangan dah naik pangkat sampai ke JAWATAN yang diinginkan mula goyang...mula marah dan salahkan kepada orang yang pernah kita bersahabat dan mungkin pernah menjadi bos kita sebelum ini sebagai Pegawai Penilai Prestasi.....jangan disebabkan seseorang itu menyertai sebuah parti berwadahkan perjuangan Islam iaitu PAS maka seseorang itu dijadikan sebagai "manusia tidak mengenang jasa".........

Insya Allah....sekiranya Parti Islam Berjaya memerintah Malaysia ini tidak mustahil "ISLAM FOR ALL" akan tercipta dan dikongsi bersama.

Rabu, 27 Jun 2012