Ahad, 29 November 2020

Bahas belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa mula esok


Esok dijangkakan akan bermula perbahasan belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa selepas peringkat dasar baru-baru ini. Jika mengikut pengumuman YB tuan speaker berdasarkan peraturan mesyuarat, agensi yang akan mula-mula membentang dan akan dibahas sebelum lulus adalah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut sesi perbahasan peringkat dasar yang lepas, Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim ada mempersoalkan peruntukan projek khas dibawah Jabatan Perdana Menteri. Apa projek khas yang dimaksudkan itu dengan sejumlah RM1 billion?

Menurut YB Hassan Karim " beliau musykil di dalam buku anggaran belanjawan yang tebal di muka surat 107. Perbelanjaan dibawah Jabatan Perdana Menteri, ada projek khas. Projek khas itu apa? Beliau turut mencari nota kaki pun tiada.

Malah beliau menegur mana boleh wang sebanyak RM1 billion yang lebih besar daripada sesetengah negeri di Semenanjung kita dan beliau meminta Menteri semak semula.

Nantikan esok 30 November 2020.......



 

Azmin terus diraikan dalam BERSATU

Satu perubahan besar berlaku ketika berlangsungnya persidangan agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih dikenali sebagai BERSATU semalam. Besar kemungkinan seluruh ahli BERSATU di peringkat akar umbi pun turut gembira dan menyambut baik perubahan yang dilakukan.

Keahlian Bersatu dibuka untuk bukan Melayu dan bukan Islam. Inilah satu perubahan yang menarik berlaku di dalam Bersatu. Dahulu parti ini khusus untuk Melayu. Berjuang untuk Melayu kerana Umno telah dianggap sebagai tidak relevan di awal penubuhan Bersatu ketika itu. Semua tahu ahli Bersatu majoritinya dari Umno, sebuah parti untuk keahliannya Melayu sahaja. 

Kenapa keahlian Bersatu dibuka kepada bukan Islam dan bukan Melayu? 

Di sini boleh dilihat bagaimana Azmin dan pengikutnya diraikan oleh pimpinan Bersatu. Disinilah kelicikan Azmin. 

Ini kerana dikalangan pengikut Azmin terdiri daripada mereka yang sebelum ini dari parti yang berkonsepkan pelbagai kaum iaitu PKR. Keahlian parti mana mereka akan duduk seperti seperti Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Jadi bersedialah ahli-ahli Bersatu menyambut kehadiran mereka. Sekadar peringatan buat ahli Bersatu, 20 tahun mereka ini menjerit "Reformasi Reformasi Reformasi" yang akhirnya dikhianati, apalah sangat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM - Bersatu). 

Jadi berhati-hatilah dengan mereka. 

Sumber: https://mhdaily.net/keahlian-bersatu-dibuka-untuk-bukan-melayu-bukan-islam//



Sabtu, 28 November 2020

Jangan dimarahkan anak muda


Biarkan anak muda melontarkan pandangan dan pendapat mereka. Jangan dikecam atau dilabelkan dengan istilah "biadab" atau apa-apa istilah pun. Semua merasa muda dan anak muda hari ini lahir dari semangat yang ditiupkan oleh mereka yang kini bergelar orang lama. Mereka ini  pernah melihat kepanasan gelombang darah muda yang pernah kamu tonjolkan dahulu sebelum kamu berstatus orang lama.

Bukankah anak muda yang berani melontarkan pandangan dan pendapat menegur pemimpin itu lebih baik dari anak muda yang "yes bos...yes bos..yes YB...yes YB". Jangan bila kamu telah berjawatan, kamu sendiri sekat kebangkitan anak muda.  Dahulu kamu yang beriya-iya menyeru "bangkitlah anak muda" untuk melawan segala kerosakan dan kemungkaran.

Anak muda yang berani melontarkan pandangan dan pendapat serta menegur pemimpin itu lebih ikhlas dari hati mereka. Mereka bukan anak muda yang cuba meraih populis atau mendapatkan apa-apa keuntungan. Tapi mereka telah rimas dan lemas melihat orang lama bergaduh dan berpolitik seperti kebudak budakan.

Biarkan anak muda bersuara, anak muda yang lahir dari Pakatan Harapan pasti bukan anak muda yang gilakan jawatan dan habuan. Malah anak muda yang lahir dalam Pakatan Harapan bukan anak muda yang mudah menangis di sebalik sofa, menutup muka mengalirkan air mata buaya.

Hei Anak Muda...teruskan langkah mu

Selasa, 17 November 2020

Harga yang cukup mahal dilepaskan oleh seorang wanita bernama Wan Azizah.

Wanita yang cukup kental dalam menghadapi segala fitnah dan caci maki. Wajah yang menampakkan lemah lembut akhirnya terpaksa berkorban dengan menceburi satu bidang yang luar dari pemikirannya. Satu bidang yang penuh dengan muslihat dan tipu daya iaitu politik.

Tertarik ciapan yang dimuat naik oleh saudara Farhan Zulkefly di akaun twitternya.

Memetik ciap beliau "Lebih hebat, kita hampir mendapat Perdana Menteri wanita pertama pada Mei 2018.

Wan Azizah ditawar oleh YDPA untuk menjadi PM, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana pegang pada janji dan taknak khianat.

Akhirnya? Beliau dikhianati dan ditertawa. 

https://twitter.com/farhanzulkefly/status/1325299118772686849?s=19

Begitulah ciap beliau. Bagaimana wanita yang cekal, tabah serta mentaati janji yang akhirnya dikhianati.




Kalau dah benci tiada lagi kompromi


Inilah yang berlaku dikalangan pemimpin Umno mahupun ahli akar umbi. Luka ketika mereka ditewaskan pada pilihanraya umum ke-14 masih lagi terasa. Apatah lagi luka yang sedikit pada awalnya bertambah pedih dan parah yang amat mendalam apabila aksi melompat beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Umno mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14 menyeberang kepada parti Bersatu.

Mungkin ada dikalangan pemimpin Umno yang berjawatan di dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak terasa berbanding ahli-ahli akar umbi yang bertempur ketika pilihanraya umum ke-14.

Bagi pemimpin Umno yang bertempur dan tewas pada pilihanraya umum ke-14 kepada calon-calon Bersatu pasti merasa perit. Rakyat semua tahu bagaimana Umno yang menerajui Barisan Nasional diaibkan di peringkat persekutuan sehinggalah tumbangnya beberapa buah negeri sebelum diambil balik melalui "Langkah Sheraton".


Sebab itu, pemimpin Umno yang berintegriti seperti Ku Li merasakan Umno perlu kembali melangkah seperti Pahlawan yang gagah. Bina semula kepercayaan rakyat kepada UMNO bukannya bersama  pengkhianat dan parti yang mengambil kesempatan disebabkan pangkat serta jawatan. 

Ku Li telah melihat bagaimana pengkhianat terus mengkhianati Umno pasca pilihanraya negeri Sabah yang lalu. Calon bebas yang ditampilkan untuk mengugat calon-calon Umno, perlantikan jawatan Ketua Menteri serta agihan jawatan dalam kabinet Sabah sudah cukup bagi pandangan Ku Li melihat pengkhianat cuba menenggelamkan Umno.

Jangan ditunggu Pilihanraya Umum kerana pengkhianat tidak pernah diam dan akan terus khianat.

Sumber:

https//utamadaily.com/gempar-umno-akan-tanding-parlimen-pagoh/



Rabu, 13 Mei 2020

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵



Tarikh 12 Mei 2020, seharian di media sosial tular titah ucapan Sultan Perak yang memuji kerajaan Pakatan Harapan dalam menguruskan ekonomi negeri Perak. Tahniah Pakatan Harapan negeri Perak.

Namun jangan dilupakan, sejarah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan negeri Kedah pada 12 Mei 2020 turut terasa kehangatannya. Mana tidaknya, kerajaan baharu diibaratkan memasuki rumah hanya menyapu kaki sahaja.

Kejayaan Pakatan Harapan dibawah Dato' Seri Mukhriz Mahathir baru sahaja mencatatkan satu sejarah yang membanggakan buat negeri Kedah.  Sepanjang tahun 2019 pelaburan negeri Kedah mencecah 14.7 billion. Manakala 11.5 billion pelaburan asing dan domestik dalam sektor pembuatan di tangga ketiga tertinggi di Malaysia bersama negeri Johor. Kelantan? pandai-pandailah hangpa semua nilaikan.

Satu pencapaian yang tidak di duga selama ini. Dalam tempoh 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah negeri Kedah.

Kini segala hasilnya akan beralih arah kepada kerajaan baharu. Agak-agak boleh bayangkan tak apa terjadi? Rakyat Kedah akan tunggu dan lihat kerajaan baharu...apakah hasil yang dibina oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini akan diuruskan sebaik mungkin atau lebih baik dari kerajaan Pakatan Harapan.

Satu jumlah yang cukup besar ditinggalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan bersesuaian dengan tempoh 22 bulan berbanding 20 tahun lebih memerintah tapi duduk tangga tercorot. Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha dalam memacu ekonomi buat rakyat Kedah.

Apapun kerajaan Pakatan Harapan sudah menjalankan tanggungjawab demi rakyat negeri Kedah. Semoga apa yang diusahakan oleh YB Mukriz bersama barisan exconya akan menjadi kenangan buat rakyat Kedah.

Tahniah Pakatan Harapan Negeri Kedah

"Biar Jasa Menjadi Kenangan".




Ahad, 10 Mei 2020

Sejarah melompat parti abad ke-20


Tahun 2009 adalah tahun yang cukup diingati oleh rakyat Malaysia dan rakyat Perak umumnya. Pada tahun ini juga, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tumbang selepas 11 bulan mentadbir. Ia berpunca dari 4 Adun yang yang melompat parti dan mandat rakyat ketika itu tumbang:-

- Dato' Nasaruddin Hashim (Adun Bota) yang mengumumkan sertai PKR dan akhirnya berpatah balik menyertai Umno.

- Jamaluddin Mohd Radzi (PKR- Adun Behrang)

- Mohd Osman Mohd Jailu (PKR- Adun Changkat Jering)

- Hee Yit Foong (DAP- Adun Jelapang).

Maka tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Pada tahun 2010, sekali lagi 5 orang wakil rakyat yang mewakili PKR telah isytihar keluar dan membuat satu blok Konsensus Bebas di Parlimen. Mereka ini merupakan Ahli Parlimen PKR iaitu :-

- Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

- Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

- Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu)

- Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

- Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

Pada tahun 2018 sehingga 2019, trend melompat parti pasca PRU-14 berlaku pula kepada sebuah parti yang memerintah selama 60 tahun. Ia berlaku di peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia turut berlaku kepada parti-parti di Sarawak dan Sabah. Kebanyakkan mereka menyertai parti Bersatu, Warisan dan PKR dalam membentuk kerajaan negeri.

Pada tahun 2020 sekali lagi "lompatan besar besaran berlaku". Kali ini ia melibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan sehinggalah beberapa buah negeri seperti Johor, Melaka, Perak dan besar kemungkinan Kedah yang akan beralih arah.

Jika dilihat trend melompat ini dari tahun 2009 hingga 2020, penglibatan parti yang sama iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action People (DAP). Bagi tahun 2020 juga terdapat seorang dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang terlibat dalam lompatan di peringkat negeri Perak.

Parti DAP, penglibatan lompatan hanya melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan tidak sampai ke peringkat parlimen. Seperti mana 2 kali berlaku di Perak (2009 dan 2020) serta Melaka (2020 - siapa YB?)

Bagi parti PKR, penglibatan lompatan melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia berlaku 2 kali di Perak (2009 dan 2020), Johor (2020), Melaka (2020) dan Kedah (2020). Manakala di peringkat parlimen bermula dari tahun 2010 dan terbaru pada tahun 2020 sehingga runtuh kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi parti yang baru kali menyertai Pilihanraya Umum pada PRU Ke-14 iaitu Amanah, lompatan yang dilakukan oleh Adun yang juga Ketua Pemuda Amanah Nasional sedikit sebanyak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak buat kali kedua pada tahun 2020 ini.

Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, Amanah dan DAP perlu bermuhasabah kembali. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan masih lagi dibawah Pakatan Harapan. 3 negeri ini perlu menjadi contoh pentadbiran Pakatan Harapan selama ini.

Dalam masa 3 tahun dari sekarang, parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu bersedia berhadapan Pilihanraya Umum Ke-15. Ia lebih diperkuatkan lagi dengan kerjasama parti Warisan dibawah pimpinan Dato' Seri Shafie Apdal.

Malah bergantung jua apa nasib Bersatu yang sebelum ini bersama dalam gabungan Pakatan Harapan sekiranya masih berharap.

Rehat sebentar hilangkan penat
Penat mencari kayu di hutan
Melayu serasi dengan khianat
Kerana gila dengan jawatan

Satu persatu dia mengayat
Mengayat pula di tepi longkang
Umno mula menjadi gayat
Tak tahan merasa jadi pembangkang

9 Mei 2020





Kenapa PH jadi sasaran usul undi tidak percaya?

Usul undi tidak percaya, kenapa dihalakan kepada Pakatan Harapan.

Isu usul undi tidak percaya kepada PM dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Semporna dan Langkawi.

Ahli parlimen Batu Sapi dari Warisan, ahli parlimen Semporna dari Warisan, dan ahli parlimen Langkawi dari Bersatu. Macamana pula usul undi tak percaya kepada Muhyiddin dikaitkan dengan Pakatan Harapan.

Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun telah keluar dari gabungan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020 oleh Presiden Bersatu bernama Muhyiddin. Parti Warisan pula hanya bekerjasama dan tidak termasuk dalam gabungan Pakatan Harapan.

Jadi lebai yang siap buat rakaman video dalam kereta kata Pakatan Harapan tak malu buat usul undi tak percaya tu pasal apa? Ke masa buat rakaman dalam kereta masuk dari bumbung kereta. Berat betul lebai Pandir ni.

Pakatan Harapan hanya membawa usul pelantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Ia telah dihantar kepada tuan Speaker Dewan Rakyat serta telah diterima.

Jadi isu usul tak percaya ini usul persendirian tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan.





𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, golongan oportunis ini adalah mereka yang cuba mengambil kesempatan semasa krisis dan masih diheret dengan menyebarkan kebencian kelompok, kebencian kaum dan kebencian agama sesama rakyat.

https://gemilangdaily.com/mujahid-seru-tolak-golongan-sebar-kebencian-kaum-dan-agama/


YB Maszlee Malik Tolak Tawaran Jawatan Di Bawah Agensi Kerajaan


Tahniah buat pengundi Parlimen Simpang Renggam yang memilih Ahli Parlimen yang menghormati mandat rakyat.

Dr Maszlee Malik mendahulukan mandat dan amanah rakyat bukannya keuntungan peribadi semata-mata. Beliau telah menolak secara baik tawaran jawatan dari sebuah agensi kerajaan.

Menerusi status yang dimuatnaik di facebook beliau;-

Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan.

Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil.

Saya yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan. MARA telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.

Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Mereka sangat-sangat perlu dibantu.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

Sumber:
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/3919845798086664/




𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻

Ini kelemahan dan kekurangan yang masih berlaku dalam Pakatan Harapan. Kelemahan dan kekurangan ini berlaku sama ada peringkat pimpinan tertinggi, negeri mahupun kawasan di peringkat Parlimen.

Selepas pasca PRU 14, gabungan Pakatan Harapan hanya kulit nampak cantik sedangkan isi di dalamnya tidak begitu comel. Masing-masing tidak mampu untuk bergerak sebagai jentera atau satu komponen yang mantap atas nama Pakatan Harapan.

Setiap program dan aktiviti, masih bergerak atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan. Ini yang Pakatan Harapan gagal dan tidak mampu melakukan sepertimana Barisan Nasional lakukan.

PKR dengan cara PKR, DAP dengan cara DAP, Amanah dengan cara Amanah sampai bila-bila rakyat tidak kenal identiti Pakatan Harapan.

PKR hantar sayur ke kampung A, selang beberapa hari Amanah pula pergi ke kawasan A hantar sayur juga. Apa salahnya susun gerak kerja atas nama kesepakatan Pakatan Harapan. Buang ego masing-masing.

Tak tahulah kalau ketua parti masing-masing dalam pemikiran duk buat program parti kau parti kau, parti aku parti aku untuk menonjolkan diri  nak jadi calon.

Yang lebih parah lagi apabila ada Ahli Parlimen atau penyelaras parlimen kawasan tak ngam dengan ketua parti itu dan ini. Tak boleh masuk dengan wakil rakyat itu dan ini, sedangkan satu komponen Pakatan Harapan. Masing-masing menunjukkan ego dan kuasa. Ini lagi parah dan mudah punah komponen Pakatan Harapan itu sendiri.

Kini parti-parti peringkat negeri dan kawasan perlu bergerak atas nama satu pasukan Pakatan Harapan. Bila ada sesuatu program dan aktiviti penglibatan semua komponen Pakatan Harapan ia perlu bergerak sekali.

Itu belum lagi kita lihat dah ada ke belum gabungan pimpinan Pakatan Harapan peringkat negeri mahupun kawasan/Parlimen. Masa awal-awal dulu yer... sekarang tak tahu la.

Pimpinan Pakatan Harapan Tertinggi sudah boleh mengarahkan setiap jentera parti-parti komponen Pakatan Harapan bergerak atas satu pasukan di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Wujudkan jawatankuasa secepat yang mungkin untuk bergerak membina semula negara.

Jangan terlalu syok sendiri buat Pakatan Harapan.


9 Mei 2020


Sabtu, 9 Mei 2020

Kenyataan Bersama
Sempena Ulangtahun Kedua Kemenangan Pakatan Harapan

9 Mei 2020

Hari ini adalah ulangtahun kedua hari yang paling bermakna dalam sejarah demokrasi negara. Pada 9 Mei 2018, kita saksikan perjalanan hampir 15 juta rakyat Malaysia dari setiap pelusuk negeri hingga ke seberang lautan, tanpa mengira kekangan hari bekerja telah
menzahirkan suara mereka dalam undi untuk bangkit mempertahankan maruah negara.
Mandat dari rakyat akhirnya telah diberi kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara.
Dua tahun lepas, dunia menyaksikan sejarah terpahat dimana Malaysia telah membentuk sebuah
kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral dan tanggungjawab.

Usaha keras mengejar demokrasi yang telah lama menjadi korban kerajaan terdahulu mula
digerakkan. Dewan Rakyat mula diberi nafas baru. Reformasi institusi dan pentadbiran awam telah
menjadi nadi utama negara. Agenda rakyat akhirnya jelas kelihatan. Anak muda mula menjadi tunjang. Negeri-negeri mula diberi perhatian saksama merentas fahaman politik. Pokoknya, semua ini menjadi keutamaan bagi kerajaan Pakatan Harapan.
9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar. Ia
adalah peristiwa yang jelas mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan
ketidakadilan dalam negara. Suara dan harapan rakyat tidak boleh ditutup dengan cerita-cerita  dongeng yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu.

Apabila Pakatan Harapan memerintah, kami pastikan demokrasi itu subur. Jika rakyat
bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan
‘tindakan undang-undang’. Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara
2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah
tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara
rakyat.
Begitulah kuasa rakyat. Kami taat dan hormat.
Walau bagaimanapun, rakyat kini tahu bahawa sebilangan usaha reformasi institusi,
undang-undang dan ekonomi ini terbantut akibat usaha pihak tertentu yang mempunyai
matlamat mereka tersendiri. Akhirnya, mandat rakyat telah dikhianati dan Kerajaan Pakatan
Harapan dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara.

Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula
diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih.
Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami jelas dari hari
pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara
sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan
jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan
hari ini.Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawas mengubah nasib negara.

Dua tahun lepas, rakyat dari berbagai agama dan bangsa telah membantu usaha kamid denganmemberi derma dan sumbangan, suara dan cadangan, harapan dan semangat hanyad melihat perubahan yang lebih baik buat negara tercinta.
Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kamit telahl menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat. Kami sudah berusia,
masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwas setiapanak muda yang mengimpikan reformasi.

Masanya telah tiba untuk kita bangkit
semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya.

Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat.
Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Ahli Parlimen Port Dickson

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi BERSATU
Ahli Parlimen Langkawi





𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗠𝗣𝗧 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝟮𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗴𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 - 𝗠𝗣𝗧 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂

MPT bersatu tidak pernah bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO atau Perikatan Nasional. Tiada langsung satu keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang telah bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO-PAS. Maka keputusan bekerjasama dengan Perikatan Nasional tidak adil dijustifikasikan sebagai keputusan MPT.

Sumber:
https://pahangkoi.com/ahli-mpt-bersatu-dedah-keputusan-sebenar-mesyuarat-mpt-bersatu/

𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻

𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗶𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗠𝗣𝗧 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗲𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟰 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝘆𝗮𝗸𝗻𝗶𝘀𝗲 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶,𝗱𝗮𝗻𝘀𝗲 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶

Sumber:
https://mhdaily.net/keahlian-bersatu-tun-m-tergugur-marzuki-sekolahkan-radzi-jidin/

Selamat Berjuang Tun.....

Nasiblah Tun kerana mereka ini tidak mengenang budi. Mereka ini mencari dahan yang kukuh untuk berpaut setelah dahan yang selama ini rapuh.

Mereka mencari nyawa untuk kesinambungan politik. Ketakutan dan kegusaran mereka terhadap parti yang dinaungi sebelum ini menyebabkan mereka tinggalkan parti tersebut.

Tun sebagai Pengerusi dan pengasas parti Bersatu menerima mereka dengan hati terbuka. Betapa lembutnya hati Tun menerima mereka. Mereka tersenyum dan gembira keahlian mereka diterima, malah tersenyum simpul apabila bergambar bersama Tun.

Malah ada dikalangan mereka sanggup berjumpa Tun menunjukkan taat setia menyokong Tun. Pelbagai puji pujian ditulis di facebook, tweeter memuji Tun. Tapi kini mereka mengkhianati perjuangan Tun.

Namun kini Tun kesepian mencari sokongan. Ke mana mereka semua ini Tun? Mereka yang menagih simpati menyertai Bersatu kini tidak bersama Tun. Mereka bersama Presiden Tun yang telah mengkhianati Tun.

Semoga Tun bertabah dan bersabar menghadapi dugaan yang mencabar ini.

Berikut sedikit berita-berita berkaitan mereka ini di saat mencari kesinambungan nyawa politik:-

𝗧𝗼𝗸 𝗣𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨
https://www.bharian.com.my/node/490869/amp#aoh=15890018872896&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s

𝗗𝗿 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝘇𝗺𝗶, 𝟰 𝗦𝗲𝗻𝗮𝘁𝗼𝗿 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/503144/dr-noor-azmi-4-senator-sertai-bersatu

'𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 ...' - 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶
http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-sertai-bersatu-kerana-mas-ermieyati-193468?amp=1#aoh=15890000284257&csi=1&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s

𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻! - 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶
http://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-bersatu-jangan-bimbang-kami-tak-nak-jawatan-mas-ermieyati-194709?amp=1#aoh=15889999214148&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s

 𝟱 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻, 𝟴 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/02/531185/5-ahli-parlimen-8-adun-dari-sabah-serah-borang-bersatu

𝟲 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/02/530104/6-bekas-ahli-parlimen-umno-masuk-bersatu

Selamat berjuang buat Tun......