Ini kelemahan dan kekurangan yang masih berlaku dalam Pakatan Harapan. Kelemahan dan kekurangan ini berlaku sama ada peringkat pimpinan tertinggi, negeri mahupun kawasan di peringkat Parlimen.
Selepas pasca PRU 14, gabungan Pakatan Harapan hanya kulit nampak cantik sedangkan isi di dalamnya tidak begitu comel. Masing-masing tidak mampu untuk bergerak sebagai jentera atau satu komponen yang mantap atas nama Pakatan Harapan.
Setiap program dan aktiviti, masih bergerak atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan. Ini yang Pakatan Harapan gagal dan tidak mampu melakukan sepertimana Barisan Nasional lakukan.
PKR dengan cara PKR, DAP dengan cara DAP, Amanah dengan cara Amanah sampai bila-bila rakyat tidak kenal identiti Pakatan Harapan.
PKR hantar sayur ke kampung A, selang beberapa hari Amanah pula pergi ke kawasan A hantar sayur juga. Apa salahnya susun gerak kerja atas nama kesepakatan Pakatan Harapan. Buang ego masing-masing.
Tak tahulah kalau ketua parti masing-masing dalam pemikiran duk buat program parti kau parti kau, parti aku parti aku untuk menonjolkan diri nak jadi calon.
Yang lebih parah lagi apabila ada Ahli Parlimen atau penyelaras parlimen kawasan tak ngam dengan ketua parti itu dan ini. Tak boleh masuk dengan wakil rakyat itu dan ini, sedangkan satu komponen Pakatan Harapan. Masing-masing menunjukkan ego dan kuasa. Ini lagi parah dan mudah punah komponen Pakatan Harapan itu sendiri.
Kini parti-parti peringkat negeri dan kawasan perlu bergerak atas nama satu pasukan Pakatan Harapan. Bila ada sesuatu program dan aktiviti penglibatan semua komponen Pakatan Harapan ia perlu bergerak sekali.
Itu belum lagi kita lihat dah ada ke belum gabungan pimpinan Pakatan Harapan peringkat negeri mahupun kawasan/Parlimen. Masa awal-awal dulu yer... sekarang tak tahu la.
Pimpinan Pakatan Harapan Tertinggi sudah boleh mengarahkan setiap jentera parti-parti komponen Pakatan Harapan bergerak atas satu pasukan di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Wujudkan jawatankuasa secepat yang mungkin untuk bergerak membina semula negara.
Jangan terlalu syok sendiri buat Pakatan Harapan.
9 Mei 2020
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Surah Hud ayat 113......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Alhamdulillah.... Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yan...
-
.: Sumbangsih Penjengok : Saya menerima catatan ringkas yang berkualiti dari bekas presiden Gamis Mohd Yusof Hadhari mengenai kemenangan Dr...
-
tiba-tiba teringat kenangan di stadium kuala selangor ni sebelum titik hitam yang berlaku di muktamar dewan bersebelahan stadium ini....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan