Jumaat, 20 November 2015

Kursus IT Peringkat Sepang Selangor

Alhamdulillah....

Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yang telah diatur oleh En Thiban selaku AMK Sepang. Program yang dirasmikan oleh YB Nik Nazmi sebagai Exco Pendidikan Selangor memberikan semangat kepada para peserta untuk mendalami ilmu IT. Program seperti ini memberi peluang dan ruang agar Rakyat Selangor tidak ketinggalan dalam arus maklumat. Menampilkan 2 orang blogger hebat Sharpshooter dan Milo Suam memberi ruang para peserta mempelajari penciptaan blog serta menampilkan saudara Johan dalam mempelajari teknik adobe photoshop. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta akan dimanfaatkan oleh para peserta. Tahniah buat pihak penganjur AMK Sepang.

Peserta bergambar bersama YB Nik Nazmi
Ucapan Perasmian oleh YB Nik Nazmi

Sebahagian para peserta


5 ulasan: