Sebelum ini kita disajikan aksi YB Ahli Parlimen Sepang berbalas "smash" di Dewan Rakyat. Hari ini YB Ahli Parlimen Sepang telah merasmikan pertandingan badminton terbuka yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sg Pelek anjuran Ahli Majlis MPS , Sdr Henry. Adun Sg Pelek dan Ahli Majlis MPS, Sdr Wong juga turut bersama sama. Sebanyak 14 peserta ( beregu sahaja ) menyertai pertandingan tersebut. YB Ahli Parlimen Sepang sempat mempamerkan aksi yang ramai tidak tahu.
Tahniah YB Hanipa....Hati Hati YB BN Di Parlimen, jangan bagi shuttle tanggung yang mudah YB Ahli Parlimen Sepang Smash...
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Surah Hud ayat 113......
Sabtu, 26 Disember 2015
AHLI PARLIMEN SEPANG MERAIKAN ROGRAM "BACK TO SCHOOL"
Ahli Parlimen Sepang merasmikan program "back to school" iaitu program gunting rambut perdana secara percuma lebih kurang 100 kanak kanak dan pertandingan mewarna di balai raya Kg Salak pada 26.12.2015 jam 10'am. Turut bersama Adun Sg Pelek, Yb Lai Nyuk Lan, Penghulu Mukim Labu, Tuan Roihisyam , Ketua Kg Labu Lanjut, Sdr Damarulan, Ketua Kg Kg Salak, Hj Yusuf, Ketua Kg Baru Pekan Salak, Sdr Tan , Ahli Majlis MPS, Sdr Wong dan ramai lagi. Kanak Kanak juga diberi beg sekolah dan goodies percuma. Tahniah kepada Penghulu dan seluruh team beliau. Terima kasih juga kepada 6 orang barbers yang menggunting rambut kanak kanak tersebut.
Langgan:
Ulasan (Atom)
-
Alhamdulillah.... Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yan...
-
.: Sumbangsih Penjengok : Saya menerima catatan ringkas yang berkualiti dari bekas presiden Gamis Mohd Yusof Hadhari mengenai kemenangan Dr...
-
tiba-tiba teringat kenangan di stadium kuala selangor ni sebelum titik hitam yang berlaku di muktamar dewan bersebelahan stadium ini....










