Rabu, 27 Mei 2015

MUKTAMAR PAS YANG PASTI HANGAT DAN PANAS.......





8 hari lagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengadakan muktamar tahunan. Muktamar yang diadakan kali ke 61 menyaksikan satu muktamar yang cukup hebat pada kali ini.
Bagi menunjukkan Demokrasi di PAS, pertandingan jawatan tertinggi pada kali ini cukup menarik minat seteru-seteru politik di Malaysia.
Kuala Selangor menjadi tempat perhimpunan seluruh perwakilan dari Malaysia yang pasti akan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti dan seterusnya membawa PAS ke medan politik yang lebih cemerlang gemilang berteraskan Al Quran & As Sunnah sebagai panduan dan perlembagaan.
Maklumat yang saya terima, sempena muktamar ini rezeki homestay dari klang, jeram, sekinchan,tg karang, sg besar hingga ke sabak bernam homestay ibarat pisang panas, telah penuh di booking.

Kuala Selangor pasti meriah,
Rezeki masyarakat setempat pun mencurah curah ins sha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan