Jumaat, 1 Januari 2016

SAMBUTAN TAHUN BARU 2016



Malam tadi bertempat di Jalan Pasar Sg Pelek, Ahli Parlimen Sepang YB Mohamed Hanipa Maidin telah menghadiri sambutan Tahun Baru 2016 anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Sg Pelek, JPP Sg Pelek dan JPP Sepang Putra. Turut mengiringi YB Hanipa adalah AJK Amanah Sepang. Majlis bermula seawal 9 malam dengan persembahan budaya masyarakat Cina, India dan Melayu. Turut dipertontonkan dalam majlis adalah aksi senibela diri yg sinonim dengan masyarakat India, Melayu dan Cina iaitu senibela diri Silambam, Silat Gayong dan Wushu. Majlis yg dihadiri ribuan pengunjung dari pelbagai bangsa dan keturunan telah berjaya disatukan dalam satu himpunan. Tahniah kpd ADUN Sg Pelek, YB Lai Nyuk Lan dan seluruh jawatankuasa yg terlibat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan