Assalamualaikum.......salam petang...
Hari ini berakhir sudah sehari bekerja....hari yang cukup malas dan hari yang mencabar dalam mencari mood kerja...
Selepas punchcard jam 5:00 petang seperti biasa aku melepak bersama rakan-rakan berasap dan sambil mencuci mata dihadapan ofis ku. Dikalangan rakan-rakanku ada yang berparti politik....ada langsung tak amik tahu tentang politik...ada pula golongan rakan ku yang marah apabila harga barang naik tapi senyap dan memuji lambung KERAjaan yang memberi imbuhan BR1M dan bonus.....itu tiada masalah bagi aku...aku berkawan dengan semua orang..belum terlintas di hati aku untuk tidak mahu berkawan dengan mereka yang berbeza ideologi politik dengan aku...bagi aku mereka adalah golongan yang mahu hidup dengan pemimpin yang kaya dan merompak harta kita bersama berkronikan anak-anak mereka berbanding rakan-rakan ku yang cukup sekadar memberi makan anak dan isteri...
Kadang-kadang aku terfikir apakan dengan memperolehi BR1M sebanyak RM500, engkau boleh menerima bahawa KERAjaan yang ada sekarang terbaik....sedar atau tidak BR1M RM500 itu adalah hasil dari cukai yang dikutip oleh LHDN dari masyarakat yang menitiskan peluh bekerja dari pagi hingga petang. Itu bukan duit pemimpin KERAjaan yang ada sekarang...kita bertukus lumus mencari rezeki semata-mata membesarkan anak sedangkan anak-anak pemimpin KERAjaan dengan mudah meluncur laju diatas jalanraya dengan kereta mewah dari lamborghini hingga ke ferrari...berfoya-foya dikelilingi bidadari yang cantik kununya dunia ini bapak dier punya.....bercuti ke sana ke mari dengan megah dan bermewah...kadang-kadang kita bertukus lumus mencari sumber pendapatan dengan kerja lebih masa sakit pinggang dan tulang belulang, tetapi anak-anak mereka mudah mendapat projek sana sini hatta menggunakan nama orang lain.....
Kadang-kadang Allah mengurniakan akal fikiran tetapi kita tidak mampu berfikir dengan positif
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Surah Hud ayat 113......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Alhamdulillah.... Program Kemahiran IT peringkat Sepang telah berjaya diadakan. Pelbagai bangsa dan kaum hadir bagi menjayakan program yan...
-
.: Sumbangsih Penjengok : Saya menerima catatan ringkas yang berkualiti dari bekas presiden Gamis Mohd Yusof Hadhari mengenai kemenangan Dr...
-
tiba-tiba teringat kenangan di stadium kuala selangor ni sebelum titik hitam yang berlaku di muktamar dewan bersebelahan stadium ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan