Rabu, 13 Mei 2020

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵



Tarikh 12 Mei 2020, seharian di media sosial tular titah ucapan Sultan Perak yang memuji kerajaan Pakatan Harapan dalam menguruskan ekonomi negeri Perak. Tahniah Pakatan Harapan negeri Perak.

Namun jangan dilupakan, sejarah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan negeri Kedah pada 12 Mei 2020 turut terasa kehangatannya. Mana tidaknya, kerajaan baharu diibaratkan memasuki rumah hanya menyapu kaki sahaja.

Kejayaan Pakatan Harapan dibawah Dato' Seri Mukhriz Mahathir baru sahaja mencatatkan satu sejarah yang membanggakan buat negeri Kedah.  Sepanjang tahun 2019 pelaburan negeri Kedah mencecah 14.7 billion. Manakala 11.5 billion pelaburan asing dan domestik dalam sektor pembuatan di tangga ketiga tertinggi di Malaysia bersama negeri Johor. Kelantan? pandai-pandailah hangpa semua nilaikan.

Satu pencapaian yang tidak di duga selama ini. Dalam tempoh 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah negeri Kedah.

Kini segala hasilnya akan beralih arah kepada kerajaan baharu. Agak-agak boleh bayangkan tak apa terjadi? Rakyat Kedah akan tunggu dan lihat kerajaan baharu...apakah hasil yang dibina oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini akan diuruskan sebaik mungkin atau lebih baik dari kerajaan Pakatan Harapan.

Satu jumlah yang cukup besar ditinggalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan bersesuaian dengan tempoh 22 bulan berbanding 20 tahun lebih memerintah tapi duduk tangga tercorot. Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha dalam memacu ekonomi buat rakyat Kedah.

Apapun kerajaan Pakatan Harapan sudah menjalankan tanggungjawab demi rakyat negeri Kedah. Semoga apa yang diusahakan oleh YB Mukriz bersama barisan exconya akan menjadi kenangan buat rakyat Kedah.

Tahniah Pakatan Harapan Negeri Kedah

"Biar Jasa Menjadi Kenangan".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan