Ahad, 29 November 2020

Azmin terus diraikan dalam BERSATU

Satu perubahan besar berlaku ketika berlangsungnya persidangan agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih dikenali sebagai BERSATU semalam. Besar kemungkinan seluruh ahli BERSATU di peringkat akar umbi pun turut gembira dan menyambut baik perubahan yang dilakukan.

Keahlian Bersatu dibuka untuk bukan Melayu dan bukan Islam. Inilah satu perubahan yang menarik berlaku di dalam Bersatu. Dahulu parti ini khusus untuk Melayu. Berjuang untuk Melayu kerana Umno telah dianggap sebagai tidak relevan di awal penubuhan Bersatu ketika itu. Semua tahu ahli Bersatu majoritinya dari Umno, sebuah parti untuk keahliannya Melayu sahaja. 

Kenapa keahlian Bersatu dibuka kepada bukan Islam dan bukan Melayu? 

Di sini boleh dilihat bagaimana Azmin dan pengikutnya diraikan oleh pimpinan Bersatu. Disinilah kelicikan Azmin. 

Ini kerana dikalangan pengikut Azmin terdiri daripada mereka yang sebelum ini dari parti yang berkonsepkan pelbagai kaum iaitu PKR. Keahlian parti mana mereka akan duduk seperti seperti Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Jadi bersedialah ahli-ahli Bersatu menyambut kehadiran mereka. Sekadar peringatan buat ahli Bersatu, 20 tahun mereka ini menjerit "Reformasi Reformasi Reformasi" yang akhirnya dikhianati, apalah sangat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM - Bersatu). 

Jadi berhati-hatilah dengan mereka. 

Sumber: https://mhdaily.net/keahlian-bersatu-dibuka-untuk-bukan-melayu-bukan-islam//



Tiada ulasan:

Catat Ulasan