Selasa, 17 November 2020

Kalau dah benci tiada lagi kompromi


Inilah yang berlaku dikalangan pemimpin Umno mahupun ahli akar umbi. Luka ketika mereka ditewaskan pada pilihanraya umum ke-14 masih lagi terasa. Apatah lagi luka yang sedikit pada awalnya bertambah pedih dan parah yang amat mendalam apabila aksi melompat beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Umno mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14 menyeberang kepada parti Bersatu.

Mungkin ada dikalangan pemimpin Umno yang berjawatan di dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak terasa berbanding ahli-ahli akar umbi yang bertempur ketika pilihanraya umum ke-14.

Bagi pemimpin Umno yang bertempur dan tewas pada pilihanraya umum ke-14 kepada calon-calon Bersatu pasti merasa perit. Rakyat semua tahu bagaimana Umno yang menerajui Barisan Nasional diaibkan di peringkat persekutuan sehinggalah tumbangnya beberapa buah negeri sebelum diambil balik melalui "Langkah Sheraton".


Sebab itu, pemimpin Umno yang berintegriti seperti Ku Li merasakan Umno perlu kembali melangkah seperti Pahlawan yang gagah. Bina semula kepercayaan rakyat kepada UMNO bukannya bersama  pengkhianat dan parti yang mengambil kesempatan disebabkan pangkat serta jawatan. 

Ku Li telah melihat bagaimana pengkhianat terus mengkhianati Umno pasca pilihanraya negeri Sabah yang lalu. Calon bebas yang ditampilkan untuk mengugat calon-calon Umno, perlantikan jawatan Ketua Menteri serta agihan jawatan dalam kabinet Sabah sudah cukup bagi pandangan Ku Li melihat pengkhianat cuba menenggelamkan Umno.

Jangan ditunggu Pilihanraya Umum kerana pengkhianat tidak pernah diam dan akan terus khianat.

Sumber:

https//utamadaily.com/gempar-umno-akan-tanding-parlimen-pagoh/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan