Ahad, 10 Mei 2020

YB Maszlee Malik Tolak Tawaran Jawatan Di Bawah Agensi Kerajaan


Tahniah buat pengundi Parlimen Simpang Renggam yang memilih Ahli Parlimen yang menghormati mandat rakyat.

Dr Maszlee Malik mendahulukan mandat dan amanah rakyat bukannya keuntungan peribadi semata-mata. Beliau telah menolak secara baik tawaran jawatan dari sebuah agensi kerajaan.

Menerusi status yang dimuatnaik di facebook beliau;-

Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan.

Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil.

Saya yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan. MARA telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.

Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Mereka sangat-sangat perlu dibantu.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

Sumber:
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/3919845798086664/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan