Ahad, 10 Mei 2020

Sejarah melompat parti abad ke-20


Tahun 2009 adalah tahun yang cukup diingati oleh rakyat Malaysia dan rakyat Perak umumnya. Pada tahun ini juga, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tumbang selepas 11 bulan mentadbir. Ia berpunca dari 4 Adun yang yang melompat parti dan mandat rakyat ketika itu tumbang:-

- Dato' Nasaruddin Hashim (Adun Bota) yang mengumumkan sertai PKR dan akhirnya berpatah balik menyertai Umno.

- Jamaluddin Mohd Radzi (PKR- Adun Behrang)

- Mohd Osman Mohd Jailu (PKR- Adun Changkat Jering)

- Hee Yit Foong (DAP- Adun Jelapang).

Maka tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Pada tahun 2010, sekali lagi 5 orang wakil rakyat yang mewakili PKR telah isytihar keluar dan membuat satu blok Konsensus Bebas di Parlimen. Mereka ini merupakan Ahli Parlimen PKR iaitu :-

- Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

- Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

- Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu)

- Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

- Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

Pada tahun 2018 sehingga 2019, trend melompat parti pasca PRU-14 berlaku pula kepada sebuah parti yang memerintah selama 60 tahun. Ia berlaku di peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia turut berlaku kepada parti-parti di Sarawak dan Sabah. Kebanyakkan mereka menyertai parti Bersatu, Warisan dan PKR dalam membentuk kerajaan negeri.

Pada tahun 2020 sekali lagi "lompatan besar besaran berlaku". Kali ini ia melibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan sehinggalah beberapa buah negeri seperti Johor, Melaka, Perak dan besar kemungkinan Kedah yang akan beralih arah.

Jika dilihat trend melompat ini dari tahun 2009 hingga 2020, penglibatan parti yang sama iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action People (DAP). Bagi tahun 2020 juga terdapat seorang dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang terlibat dalam lompatan di peringkat negeri Perak.

Parti DAP, penglibatan lompatan hanya melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan tidak sampai ke peringkat parlimen. Seperti mana 2 kali berlaku di Perak (2009 dan 2020) serta Melaka (2020 - siapa YB?)

Bagi parti PKR, penglibatan lompatan melibatkan peringkat dewan undangan negeri dan parlimen. Ia berlaku 2 kali di Perak (2009 dan 2020), Johor (2020), Melaka (2020) dan Kedah (2020). Manakala di peringkat parlimen bermula dari tahun 2010 dan terbaru pada tahun 2020 sehingga runtuh kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi parti yang baru kali menyertai Pilihanraya Umum pada PRU Ke-14 iaitu Amanah, lompatan yang dilakukan oleh Adun yang juga Ketua Pemuda Amanah Nasional sedikit sebanyak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak buat kali kedua pada tahun 2020 ini.

Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, Amanah dan DAP perlu bermuhasabah kembali. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan masih lagi dibawah Pakatan Harapan. 3 negeri ini perlu menjadi contoh pentadbiran Pakatan Harapan selama ini.

Dalam masa 3 tahun dari sekarang, parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu bersedia berhadapan Pilihanraya Umum Ke-15. Ia lebih diperkuatkan lagi dengan kerjasama parti Warisan dibawah pimpinan Dato' Seri Shafie Apdal.

Malah bergantung jua apa nasib Bersatu yang sebelum ini bersama dalam gabungan Pakatan Harapan sekiranya masih berharap.

Rehat sebentar hilangkan penat
Penat mencari kayu di hutan
Melayu serasi dengan khianat
Kerana gila dengan jawatan

Satu persatu dia mengayat
Mengayat pula di tepi longkang
Umno mula menjadi gayat
Tak tahan merasa jadi pembangkang

9 Mei 2020





Tiada ulasan:

Catat Ulasan